20 Februari 2012

Kelebihan Belajar Luar Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Input penting yang ana ingin kongsikan pada hari ini ialah faedah melanjutkan pelajaran ke luar negara oleh En Mohd Rusman Areif B. A. Rahman yang pernah menuntut di University of Melbourne, Australia. Beliau bercakap dalam sesi forum bersama empat ahli panel yang lain.

S1: Apakah kelebihan belajar di luar negara?
Q1: Terdapat banyak kelebihannya berbanding belajar dalam negara seperti:

       1. Tidak terlalu terikat dengan ahli keluarga
Memang benar kalau belajar dalam negara pun begitu, tetapi apabila belajar luar negara, jarak perhubungan lebih sukar. Abah kata, kita memerlukan 'Careline' bukan perhubungan biasa untuk berhubung dengan ahli keluarga. Memandangkan teknologi kini semakin canggih, perkhidmatan 'skype' misalnya boleh digunakan untuk bersemuka dengan ahli keluarga yang nun jauh di sana.
 
    2. Peluang melancong di luar negara
Mungkin ada orang yang sudah puas melancong dalam negara sendiri dan ingin menikmati perlancongan luar negara. Seseorang boleh menikmati peredaran empat musim; musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk jika berada di negara sejuk dan sebaliknya. Aktiviti meluncur salji pun boleh dirasai. -Best3-

   3.  Berada dalam kalangan minoriti Muslim (Eropah/Barat)
Ukhuwah lebih rapat apabila mempunyai sahabat Muslim minoriti dan saling berjuang untuk mempertahankan Islam oleh masyarakat Islamphobia (benci Islam). Mereka juga akan menghadapi tiga hari raya Aidilfitri yang berbeza, hari Turki, hari Malaysia, dan __?? huhu~ lupa pula. Kefahaman agama juga boleh meningkat kerana berhadapan dengan orang Islam pelbagai mazhab. Namun, pegangan masyarakat Islam di Malaysia tetap mazhab Syafie (Alhul Sunnah Waljamaah).

  4. Belajar berdikari
Pelajar luar negara sangat2 tidak bergantung kepada kaum keluarga kerana jarak yang terlalu jauh. Hanya sistem telekomunikasi yang boleh merapatkan jurang tersebut. Pandai-pandailah pilih kawan dan sentiasa hidup berkumpulan (berjamaah) tetapi jangan pula mengasingkan diri daripada orang sekeliling. hehe~  Pandai juga berjimat cermat semasa berbelanja. Misalnya, Roti bun Mexico tu harga $1, kau pun pergi beli sebab nampak murah. Padahal kalau tukar ke MYR = RM 3, hmm..lebih kuranglah kan?

5. Jadi generasi yang berfikiran terbuka a.k.a. open-minded
Siapa yang tak kenal MatLuthfi, Aiman Azlan, Anwar Hadi di bumi Malaysia ni? Ceh, mengampu lebih! Suka tengok mereka mengekspresikan pandangan mereka di YouTube. MatLutfi dan Anwar Hadi belajar di Perth, Australia, sementara Aiman Azlan di Toronto, Canada. Orang kata, jauh perjalanan luas pandangan. Kita berpeluang mengalami sesuatu yang tak ramai orang dapat peluang itu. Kemudian, berkongsi dengan masyarakat Malaysia hatta dunia. Open-minded > more positive people. Yes!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lebihkan faktor2nya

NJihe.am berkata...

boleh tengok entri ni juga>>> http://studioous.blogspot.com/2013/02/belajar-luar-negara.html