Entri yang Wajib BACA!

9 November 2012

Lagu "Power Kaabah" Memesongkan Akidah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

*Dipetik dari akhbar utusan, lagu 'PowerKaabah' tu baru sahaja dibuang oleh pemilik dari laman YouTube. Tapi album yang dipasarkan mereka mungkin masih ada.


TANAH MERAH 28 Jan. - Seorang bekas pengikut al-Arqam mendedahkan pertubuhan haram itu kini melalui era Power Kaabah iaitu pengikutnya berdoa dengan bersandarkan kuasa kiblat umat Islam itu.
Bagaimanapun lelaki yang juga seorang guru itu tidak dapat menerangkan secara terperinci era tersebut kerana dia juga kurang pengetahuan mengenainya.

Katanya, maklumat mengenai era Power Kaabah itu diperoleh melalui rakan-rakan di laman Facebook yang masih mempunyai pautan dengannya.

''Power Kaabah sedikit sebanyak digambarkan seperti konsep 'tawasul' iaitu mempercayai dan yakin kaabah mempunyai kuasa membantu mereka menjalani urusan seharian.

''Ia umpama kepercayaan pengikut al-Arqam terhadap Abuya (Allahyarham Asaari Mohamad) yang dipercayai menjadi perantaraan kepada pengikut memohon sesuatu daripada Allah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Lelaki berusia 20-an ini yang mengakui pernah dibesarkan dan diberi pendidikan di kalangan pengikut al-Arqam mendakwa, kemunculan era Power Kaabah itu mungkin mempunyai kaitan dengan isteri kedua Asaari, Hatijah Aam , 56, atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan sebahagian pengikutnya yang dikatakan kini tinggal di Harmain, Mekah.

''Semakin saya dewasa, saya mendapat tarikan yang kuat untuk keluar daripada jemaah al-Arqam dan mencari kehidupan lebih baik walaupun terpaksa 'memutuskan hubungan' dengan ibu bapa dan adik-beradik lain.

''Kemunculan surat yang didakwa Ummu Jah hasil perbualan telefon dengan Rasulullah SAW pada Disember tahun lalu menguatkan lagi azam saya untuk terus menjauhkan diri daripada pertubuhan tersebut," katanya.
Katanya, isi kandungan surat itu mendorongnya menghubungi pihak media untuk mendedahkan kegiatan al-Arqam yang dianggapnya semakin mengelirukan.

''Antara kandungan surat yang dipercayai dikarang oleh Ummu Jah itu berbunyi: "Aku telah menalipon (menelefon) Nabiku akhir zaman, Muhammad SAW dengan hatiku lalu terjadilah surat ini''.

''Ia seolah-olah Ummu Jah mendakwa dia boleh berkomunikasi dengan Rasullullah menerusi telefon dan surat tersebut dipercayai disebarkan sekitar Disember lalu yang menggambarkan wanita itu juga mampu menyampaikan butir perbualan telefonnya dengan Rasulullah dengan menyifatkannya sebagai surat daripada baginda," katanya.

Dia yang kecewa dengan Ummu Jah yang suatu ketika dahulu antara jemaah yang rapat dengan wanita itu juga kesal dengan al-Arqam yang sering mempergunakan Rasulullah dalam setiap arahan atau tindakan mereka.

"Saya tidak mahu mereka terus mempergunakan Rasulullah dalam arahan mereka," katanya.
Katanya, kedua-dua orang tuanya yang masih menjadi pengikut al-Arqam dan kini berada di Mekah juga pernah diarahkan bercerai sekitar tahun lalu dalam satu arahan bercerai beramai-ramai yang didakwa diminta oleh Rasulullah.

''Selain didoktrin ke dalam jiwa anak jemaah al-Arqam sejak kecil dengan meminta pertolongan dan memanggil nama Abuya (Allahyarham Asaari Mohamad), kami juga 'ditakut-takutkan' apabila menentang al-Arqam bermakna kami dibenci Allah dan Rasulullah serta akan menerima akibatnya.

''Sehingga hari ini walaupun lebih lima tahun membawa haluan sendiri meneruskan kehidupan, ketakutan itu masih mencengkam," katanya.


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 


LIRIK LAGU POWER KAABAH

Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Pasti ada dan telah ada…
Masakan Kaabah tiada power

Sedangkan sabun pun ada power
Power Allah itu di rumahNya

Rumah Allah di Ummul Qura
dialah yang menarik hati
ummat Islam seramai itu
untuk ke Kaabah

Kalau Kaabah tiada power
Hati-hati berbagai bangsa
ditarik ke Mekah dan Madinah
oleh siapa?
Kalau bukan Power Kaabah?

Semuanya datang kepada, Allah dan Rasulullah, Membawa kerinduan kepada Cinta Agung dan Kekasih Junjungan

Tapi mana Allah dan ke mana Rasulullah?
Mereka sudah tiada di sana dan di mana-mana
Baliklah hati Ummat Islam kekosongan
Dari Allah dan Rasul yang dicari tidak bertemu

Yahudi jelas melakukan khianat
Yakni memesongkan hati pengunjung Kaabah
Dari Allah dan Rasul kepada dunia seisinya

Allah dilenyapkan dari Kaabah
Kaabah jadi tiada power
Yang ada mengganti Yahudi dan Wahabi
Rasulullah diputuskan hubungannya dengan Kaabah

Jenuh mencari Nabi akhir zaman itu di kampungnya tiada berjumpa
Yahudi semadikan Nur Muhammad ke bumi tanah tumpah darahnya
Yang hanya ada udara Yahudi
Siapa yang menyedutnya terlupakan Allah
dan Rasul sama sekali

Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…

Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi
keluar dari Kaabah berkat lambaian tangan isterinya
(ibu para Ikhwan) kepada Baitullah
Ketika Tawaf Qudum
Keluarnya Power itu bagaikan aliran elektrik
Sumbernya ialah roh Al-Qur’an hidup
Gabungan Roh Aurad Muhammadiah
Yakni Nur Muhammad bersama Roh Imamul Mahdi
Dan Roh Putera Bani Tamim
Itulah dia Power Kaabah
Abuya cetuskan untuk mengangkat Ikhwan menjadi orang Roh
Menjadi peribadi Agung
Ambillah…
Ambillah…
Power Kaabah…

Wahai saudara Rasulullah
Lambaikan tanganmu kearah Kaabah
Roh itu akan menyusup ke hatimu
Untuk disucikan ditingkatkan

Untuk sampai hatimu berubah
Berubah menjadi Kaabah
Maka Allah pun kekal dikenang
dan tidak akan putus lagi

Power Kaabah akan bebaskan Kaabah
Power Kaabah akan satukan Ummat
Power Kaabah akan kembalikan kedaulatan Islam
Menjadi Daulah dan Empayar Islam

Power Kaabah….
Ambillah…Power Kaabah…
Pakailah Power Kaabah…
Gunalah Power Kaabah…


P/S: Kalau kita perhatikan pengikut ajaran sesat ni kebanyakannya daripada golongan yang jahil agama, kemudian ingin bertaubat tapi malangnya terjumpa dengan orang yang menggunakan agama Allah ini untuk kepentingan nafsu sendiri. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar sebelum ajal menjemput mereka. Kumpulan nasyid Mawaddah, yang saya kira elok itu, rupa-rupanya dari golongan Rufaqa' iaitu orang Al-Arqam yang memuja Abuya Syaikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Ajaran Rufaqa @ Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994. Boleh baca sini.


"Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakal kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya kekuasaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan ia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah." [al-Nahl 16:99-100]


Tu je. SYUKRAN :)

5 ulasan:

ejulz berkata...

info menarik.. :) semoga kita dijauhkan dari kepercayaan sebegini..

NJihe.am berkata...

yup..semoga kita berhati-hati.

Hani Othman berkata...

bahaya betol.... banyak ajaran sesat la skrg... bila terlalu taksub tapi ilmu kurang macam ni jadinya... nauzubillah...

aisyah sofea berkata...

Em mcm2 laa. .allahuma fahqihna fi deen. .

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg dpt sah kan power kaabah tu... Knpa dulu tak dengar pun... Akhir zaman nanti Kaabah itu akan.musnah sehinnga hanya batang korma saja jadi penanda agar umat Islam dpt tawaf.

Mubaligh Jalanan

◤Cute People◢