Skin Analysis MidValley

12:16 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(lebih kurang macam inilah rupanya)

Semua perempuan sukakan kecantikan. Sama ada inginkan wajah putik melepak atau hitam manis. Minggu lepas Jiha berpeluang membuat 'skin analysis' di MidValley dengan rakan sekelas. RM5 seorang je! Kebetulan ada IT Fair, jadi pergi sekali. hikhik.


Pada era globalisasi ini, banyak teknologi canggih di sekeliling kita.  Ada seorang akak yang sangat peramah telah mengenakan mesin penganalisa kulit kepada kami. Akak tu cuma tekan sahaja butang pada skrin sambil terangkan pada kami beberapa tip penting. Sangat teruja!

Mula-mula: tulis nama dulu Si Fulanah binti Si Fulan (nama sendiri)
1- Hydration check
Ujian ini mengesan 'dehydrated skin' di seluruh muka. 
2- Sebum check
Ujian ini memberitahu kita kategori kulit umum seperti kulit kering, normal dan berminyak.
Kami dapat kulit normal, tapi agak kering.
3- pH value
Kami dapat pH6.5 untuk ujian ini. Purata kulit ideal antara 4.1 ke 5.8. Hmm..perlu usaha lagi.

Akak tu pesan suruh minum banyak air, makan buah [kalau buah ektrak lagi bagus sebab tindak balas lebih cepat]. Gunakan 'cleansing milk' sebelum menggunakan 'facial foam'. Urut muka dengan betul agar   pergerakan muka tu tak jatuh. Pakai 'sunblock' sebagai pelindung UV. Masa ni baru Jiha faham, UV tu bukan pada sinaran matahari saja, tapi semua benda yang berlampu seperti skrin hanset, laptop, lampu perdarflour dan apa-apa saja yang berlampu. Sinaran UV ini juga berbahaya kepada kesihatan!

Akak tu juga sarankan agar jangan guna serum (khas untuk wanita lebih 25 tahun sahaja) dan 'whitening' bagi sesiapa yang bermasalah jerawat. Rawat jerawat dulu, lepas tu baru fokus pada pemutihan kulit. Elakkan 'foundation' yang terlalu pekat kerana menutup liang pori dan membantu pembiakan bakteria. Bersihkan muka daripada sebarang 'make up' sebelum tidur! Jangan guna ubat gigi untuk menghilangkan jerawat. Memanglah rasa pedih dan terus hilang, tapi ada kesan sampingan seterusnya.

Seboleh-bolehnya, gunakan 'water based products', tiada perfume (penyebab kulit kering). 'Perfume' memanglah wangi dan menarik untuk dibeli tapi tidak elok untuk kesihatan muka. Jangan terpedaya dengan promosi di kaca tv, lagi-lagi kalau duta tu selebriti idaman kita. habislah! oh tidak! Jangan ikut saranan kawan. Tidak semestinya apa yang kawan kita pakai adalah terbaik juga untuk kita.

Rawat kulit dengan berhati-hati pada usia muda ini. Jangan terburu-buru untuk cantik. Kekal penggunaan untuk sebuah produk, jika tiada kesan sampingan selama anda memakainya. Untuk mengesan sensitiviti produk terhadap kulit, letak 'tester' di belakang telinga, tempat yang paling sensitif [bukan di telinga]. Kalau kulit rasa terbakar, elakkan terus! Elakkan penggunaan gel penggelupasan kulit sebab dapat menghakis sel epidermis kita sebagai pelindung UV semulajadi. Apabila sel epidermis terhakis, maka sel lapisan paling bawah akan cepat rosak.

Lepas itu, Jiha pun usik kawan, dia nak ambil 'pharmacy'. Mungkin boleh dipertimbangkan. Tapi Jiha kurang senang apabila asal cakap pasal biotech je, duduk di makmal > bosan... Tiada kerja yang tidak penat di dunia ini. Semua ada risiko tersendiri. Akak tu ada beri dua contoh bahan kimia yang merbahaya kepada kulit dan pernah dilarang edar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tapi Jiha dah lupa... tulah, malas nak catat lagi. Apapun, sayang akak tu sebab beri tip yang amat berguna kepada kami dan Jiha harap dia akan bertudung suatu hari nanti.  Amin...

teringat pula artis Korea ni, dalam 'Love Story in Harvard'

p/s: Sesiapa nak buat 'Skin Analysis' bolehlah buat bila-bila masa di kedai farmasi di MidValley. Nama kedai tu tak ingatlah...maaf. Tanya penjaga kaunter dulu, ada buat tak. Buat dulu, lepas itu baru bayar RM5. Tak banyak pun. 

Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

You Might Also Like

4 comments

  1. Buah extrak tu macam mana?? muka ena mula naik jerawat.. sedih oooooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, akak :) buah ektrak tu buah yang ditingkatkan kemampuan nutrisinya. Kalau kita makan buah limau biasa, perlukan berjam-jam untuk lihat kesannya. Tapi, ektrak buah dengan teknologi nano (mampu menyerap ke dalam tubuh dan bertindak dengan pantas). Sebab tu kalau kita cuma produk teknologi nano ni, sapu sedikit pada kulit terus nampak sedikit kesan. Teknologi nano ni, in sya Allah jiha akan belajar dalam biotech. Buat masa ni, Jiha tak cukup ilmu untuk terangkan panjang lebar.

      Padam
  2. Sebab tu sekarang ada produk 'innershine' berasaskan biji buah diekstrak, yang kita minum untuk cantik tuh..Biji buah lagi tinggi nutrisinya. Tindak balas cepat dan berkesan, in sya Allah...

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

♥Fb Page♥



Instagram