Entri yang Wajib BACA!

21 Mei 2013

Kursus yang Ditawarkan di Asasi UIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mula-mula Jiha nak cerita apa beza UIA dengan UIAM? Ha senang je. UIA - Universiti Islam Antarabangsa, UIAM - tambah 'Malaysia' je di belakang. Hee.. Ingat lagi masa nak isi borang UPU online. Kawan cakap,"Jiha jom masuk UIA!" Masa nak isi tu, eh mana UIA? UIAM adalah! samalah tu. Kalau IIUM? (International Islamic University Malaysia). Ingat! UIA is a speaking English Campus. Jadi mesej yang disampaikan pun dalam 'English'. Jangan terkejut eh? haa.. IIUM? Bukan UIA ke? Samalah tu... tapi yang kelakarnya kan, orang Arab sebut universiti kita UIA tau, bukan IIUM. hikhik.

Asasi UIA juga dikenai sebagai Kolej Matrikulasi UIA. Sejak diambil alih oleh kerajaan, nama Asasi UIAM digunakan. Asasi UIA di Petaling Jaya (PJ). Kini, UIA ada beberapa kampus utama di Malaysia. UIAM Gombak untuk ijazah agama, kejuruteraan, sastera, dan ekonomi. UIAM Kuantan untuk ijazah sains. UIAM Kuala Lumpur merangkumi dua institut iaitu Istac dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF). UIA pernah diberi penghormatan untuk membuka cawangan di luar negara, tapi setakat ini tiada lagi. In sya Allah pada tahun depan, Asasi UIA akan berpindah ke Gambang, Pahang. Pelajar medik, farmasi dan pergigian diutamakan dahulu.

Kelebihan Asasi UIA ini adalah setiap kursus sudah ditetapkan untuk ijazah tertentu. Kalau tersalah pilih agak sukar juga nak tukar. Jadi, pilih betul-betul. Jom baca lagi >>

* Program Bahasa (Language Programme)
-Ada dua bahasa yang ditawarkan, Bahasa Inggeris (BEN) dan Bahasa Arab (BAR). Nama pun 'international university'. Asasi Bahasa Melayu tiada.
- Macam mana belajar? Belajar je lah. Pagi petang esok pun pagi petang belajar bahasa memanjang. ehehehe... tak adalah. Ada juga beberapa subjek tambahan yang perlu diambil oleh semua pelajar UIA.
-Mulai tahun lepas, ada dua kursus bahasa ditawarkan, English Communication (Engcom) dan Arabic Communication (Arcom). Kelebihan kursus ni ialah masa 'degree' nanti para pelajar akan berpeluang ke Eropah atau ke Timur Tengah selama tiga bulan. Biar lancar lidah tu noh... Silibus pun berbeza sedikit. Bahasa Arab sebagai bahasa penghantar bagi Asasi Bahasa Arab.
Kampus akan datang di Pagoh, Melaka.
(klik untuk maklumat lanjut)

* Asasi Islam dan Ilmu Wahyu / Islamic Revealed Knowledge (IRK)
- Asasi untuk pelajar lepasan sekolah agama yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang agama di UIA. Silibusnya pun berat juga, semua komponen agama dimasukkan seperti Al-Quran, Hadis, Fiqh..[dan banyak lagi subjek yang dinamakan dalam bahasa Arab]. Ada juga kawan IRK yang ambil dua tahun. Salah satu subjeknya ialah Human Sciences (HS).
- Antara IRK dengan STAM (Sijil Tinggi Agama Islam), IRK lebih mudah. Ada silibus SPM yang akan diulang semula. Bahasa penghantar sepenuhnya dalam bahasa Arab bagi subjek agama, kecuali BTQ (Basic Theme in Quran) dan Religion in Islam (RIM) dalam bahasa Inggeris. Para pelajar wajib lepas 'level 7' dalam ujian Bahasa Arab.
(klik untuk maklumat lanjut)

* Program Sastera (Art Programme)
- Ada dua asasi, Asasi Undang-undang (Law) dan Asasi Sains Kemanusiaan (Human Sciences /HS). Kedua-dua asasi ini melibatkan sejarah. Mestilah kan? Undang-undang berkaitan kehakiman, manakala Sains Kemanusiaan banyak tentang kajian tentang sejarah peradaban manusia dan sains politik. Ada subjek Antropologi yang mengupas Teori Darwin, nanti banyaklah jumpa beruk dalam buku...hehe. Yang menariknya di UIA, para pelajar akan belajar sejarah Yahudi dan era kebangkitan Islam. Salah satu subjek HS ialah IRK. IRK dan HS saling berkait.
-Untuk tahap asasi ni, banyak belajar sejarah zaman dulu. Kawan Jiha yang ambil Law katanya, masa nak selesaikan sesuatu kes, kita akan rujuk juga sejarah zaman dahulu untuk cari jalan terbaik bagi kes tertentu. Sebab tu sejarah penting.
- Law pula ada dua, Shariah Law dan Civil Law. Pelajar sekolah biasa pun boleh ambil Shariah Law tapi kena usaha sedikitlah. Budak Law kebanyakannya pandai bercakap dan banyak melontarkan idea.
- Para pelajar juga wajib lepas 'Level 4' dalam ujian bahasa Arab bagi program sastera. Tak lulus? kena sambung lagi di kampus utama di Gombak.
(klik sini untuk law, sini untuk hs)

*Program Sains (Sciences Programme)
Program ni bolehlah Jiha terang dengan lebih mendalam sebab Jiha budak Sains. :)
- Asasi yang ditawarkan ialah Asasi Perubatan (Medic), Asasi Farmasi (Pharmacy), Asasi Pergigian (Dentistry), Asasi Kejururawatan (Nursing), Asasi Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Health Science/ALLHS), Asasi Sains Hayat (BioSc) dan Asasi Sains Fizikal (PhySc). Semuanya bakal ke UIAM Kuantan. Budak sains biasanya agak pendiam, fikir lab report, study, kuiz, bab mengira memang laju.
- Subjek dan silibus semua sama kecuali PhySc. Subjek PhySc hampir sama dengan subjek Asasi Kejuruteraan (Engine), tapi tak boleh ambil kejuruteraan di kampus utama. Asasi Sains Hayat UIA tak sama dengan Asasi Sains Hayat UM tahu! Apabila kita ambil Asasi Sains Hayat UM, boleh pergi mana-mana cabang sains betul? tapi Asasi Sains Hayat UIA sudah khas untuk pelajar Biotek dan Pure Chem (Pure Chem baru tahun ni). Macam Jiha kata di muqaddimah tadi, Asasi UIA sudah spesifik.
- Walaupun subjek sama, tak boleh nak tukar kursus sesuka hati. Masa Taaruf Week, cuba pergi ke Admission and Records (A&R), bawa surat dan slip keputusan SPM. Tak boleh? habiskan satu sem dan dapat CGPA 3.8-4.0 dan ambil borang di Dept of Sciences Programme (DOSP) untuk penukaran kursus. Tak boleh? Maintain CGPA yang sangat cemerlang dan pergi 'interview' sebelum ke kampus utama. Medik khususnya akan ada 'interview'. Nak juga tukar kursus dan tak boleh tukar? faham-faham sudah... Kuota bagi setiap 'degree' ke kampus utama setiap tahun ialah 100-200 orang. Nampak tak persaingannya?
- Bagi ALLHS ada 6-7 cabang 'degree' lagi seperti Radioterapi, Fisikologi, Fisioterapi, Optomologi, Dietetik ...dan Biomedik (dulu bawah BioSc, mulai tahun ini bawah ALLHS). BioSc ada dua Biotek dan Pure Chem. Dalam Biotek pula ada tiga cabang lagi, Environmental Science, Food Tech dan Marine. Tak banyak cabang macam UKM. PhySc ada Matematik, Statistik, dan Sains Fizik. Sebelum ke kampus utama, para pelajar akan ditemuduga untuk pemilihan ijazah di kampus utama. Bersiap sedia dengan soft skill anda!
- Bagi ujian bahasa Arab (APT), pelajar Sains wajib lepas 'Level 2' saja dan lepas Band 6 untuk ujian Bahasa Inggeris (EPT). Di kampus utama tiada lagi bahasa Arab.
(klik untuk maklumat lanjut)

*Asasi Kejuruteraan (Engine)
- Asasi ini pun banyak cabang 'degree' di kampus utama (UIAM Gombak). Kejuruteraan Elektrik/Elektronik/Megatronik/ Mekanikal/Awam/Bioteknologi-Kimia. Ingat! Asasi Sains Fizikal (PhySc) tak sama dengan Asasi Kejuruteraan tahu! Engine ada Lukisan Kejuruteraan, PhySc tiada, tapi subjek yang lainnya lebih kurang sama. Antaranya ialah Physics III dan Math III.
- Asasi ini tinggi juga persaingan sebab terlalu ramai pelajar mendaftarkan diri tapi kuota agak terhad.
As a proverb says, "The best never die".
- Untuk kejuruteraan Bioteknologi-Kimia, subjeknya agak berat sebab gabungan subjek sains dan kejuruteraan. Kampus utama di UIAM Gombak. Fikir-fikirkanlah sekarang ya...
(klik untuk maklumat lanjut)

* Asasi Arkitek dan Design (Architecture and Design /AED)
- Asasi ini untuk pelajar yang minat dengan kerja-kerja pembangunan dan infrastruktur. Pelajar AED biasanya yang paling kreatif di UIA. Kalau bab melukis poster, buat model bangunan kiut miut, selalu fotostat plan bangunan saiz A5/A6 untuk dilakar tu budak AED lah. Kelasnya di Studio. Di situ banyaklah meja khas untuk membuat lakaran. Kampus utama di UIAM Gombak.
(klik untuk maklumat lanjut)

* Asasi Komputer (ICT)
- Asasi ini sesuai untuk sesiapa yang berminat dengan teknologi maklumat dengan jaringan luas pada zaman moden ini. Dalam kursus ini, para pelajar akan belajar 'Computer Programming', komponen-komponen dalam komputer dan Information Tech. Kampus utama di UIAM Gombak.
(klik untuk maklumat lanjut)

*Asasi Ekonomi (ECONS)
- Asasi agak terpinggir. Maksud terpinggir tu bukan dianak-tirikan. Maksudnya asasi ini bukan di PJ tapi terus ke UIAM Gombak. Masa Taaruf Week sahaja duduk PJ sekejap, lepas itu terus berangkat ke Gombak. Tak nampaklah pelajar ECONS di PJ. Budak ECONS ini penting tahu! untuk menjadi peneraju Bank Mualamalat yang diasaskan oleh UIA. Akauntan bawah ECONS lah.
(klik sini untuk maklumat lanjut)

Penukaran Kursus
Setiap tahun, pasti ada pelajar-pelajar yang ingin membuat penukaran kursus. Yang biasa: ALLHS/Biosc > Medik, HS > Law, Art/Islamic Programme > Science Programme, Science Programme > Art/Islamic Programme. Apa jua kursus yang hendak ditukar, atau nak tukar universiti terus untuk kursus yang tidak ditawarkan, fikir-fikirkanlah masa depan adik, hidup bagaimana yang diinginkan kelak. Sebagai manusia dan hamba Allah yang hidup sementara di muka bumi ini, fikirkan apa yang adik boleh buat untuk masyarakat, dan elak memikirkan untuk kesenangan diri semata-mata. Buat solat istikharah dan kaji bidang yang adik minat.

Subjek yang Semua Pelajar Ambil
- English Language (LEM) dan Arabic Language (LQM). Para pelajar yang lepas ujian English (EPT) atau Arabic (APT) masa Taaruf Week, tak payah ambil lagi. Lepas 'level' tertentu mengikut kursus, bukan lulus tahu! Ujian ini juga menentukan para pelajar, sama ada akan meneruskan pengajian asasi selama 1 tahun, 1 1/2 tahun atau 2 tahun.
- Study Circle atau Tilawah. Subjek ini subjek ko-kurikulum universiti yang wajib diambil oleh para pelajar yang tidak lepas ujian Fundamental Knowledge Test (FKT) untuk Study Circle dan Tilawah Test (TT) untuk Tilawah.
- Basic Theme of Quran (BTQ) dan Understanding Islam (UI)/Religion in Malaysia (RIM). Religion in Malaysia untuk budak sekolah agama sahaja. Belajarnya sama macam Pendidikan Islam masa SPM, cuma dalam bahasa Inggeris. Ada ayat hafazan juga.
- Computer 1 - Subjek asas Asasi Komputer. Belajar je. Dalam mana-mana IPTA pun ada subjek ni.

-Itu saja. kalau nak tanya apa-apa, silakan taip di ruang komen dan jangan lupa kembali semula selewat-lewatnya 3-5 hari. Saya cuba menjawabnya. Sekian-

Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

56 ulasan:

naj_berrygurl berkata...

assalamualaikum kak, sy telah mendpt twrn ke uia, asasi sains hayat. apa pendapat kak ttg sains hayat dan adakah peluang pekerjaan untuk biotek/bioperubatan luas di malaysia?

apa beza bioteknologi dengan bioperubatan?

terima kasih.

Nurfara Hani berkata...

nice info ni untuk mereka yang nak ambung belajar

NJihe.am berkata...

Waalaikumsalam. Bioperubatan tu bawah biotek la. tapi di uia sudah berada bwh allhs. Biotek ni bidangnya meluas. Contoh degree lain: food tech - sekarang jakim sdg giat menyelesaikan masalah produk halal. Biomarine - malaysia kaya dgn khazanah laut, yg dpt menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan dan membawa keuntungan. Boleh rujuk entri akak, "bioteknologi peluang pekerjaan masa depan". Di uia, biosc ada dua degree, biotek (foodtech, marine, environmental science) dan PureChem.

NJihe.am berkata...

Yup. :) esok ada entri baru utk sesiapa yg nak masuk U.

Hanif Idrus berkata...

Informasi yang baik untuk mereka ...

Kakzakie berkata...

N3 yg sangat bermanfaat apa lagi waktu ini banyak students tengah berkira-kira utk memilih dan mendapatkan tempat. Moga dapat membantu yg memerlukan..

NJihe.am berkata...

Betul3

gigi biru berkata...

salam kak :) saya dpt twarn asasi alliedsc uia, boleh tak lepas asasi apply u lain skiranya kte ade pluang ? contoh nak amek veterinar kat upm.. :) tq.

NJihe.am berkata...

tanya staf upm macam mana. akak tak tahu.

Tanpa Nama berkata...

salam akak. sy dpt tawaran asasi law. boleh ke sy nk tukar kos lain,eg:human science?

NJihe.am berkata...

Wassalam. cuba jelah tukar. orang berebut nak law, awak nak human science? kawan saya menangis tahu dpt qualify test je. Qualify Test (QT) tu maksudnya kena hadapi ujian, tak terus dapt tukar. ikut masing-masinglah.

NJihe.am berkata...

Law jadi rebutan sebab masyarakat pandang tinggi. "Wah, budak law!". Kadang-kadang apa yang selalu orang pandang tu tak semestinya baik untuk kita. Fikir-fikirkanlah, buat solat istikharah. Utk Law, ada dua di UIA, Shariah Law dan Civil Law. Kawan akak kata, nak cari makan banyak ambil Civil Law, asal pandai cakap putar belit sikit, dapatlah duit. Sebab tu org India ramai ambil. Wanita pula bila dah jadi hakim, tak boleh nak mesra sangat dgn org sekeliling, walaupun dgn anak sendiri. Takut pilih kasih. Hidup macam tak ada life. Shariah Law ni banyaknya nak tolong wanita teraniaya dalam rumah tangga, duit pun tak banyak. Sebab kesian punya pasal, bayar sedikit pun takpe. Tapi kawan akak tu, dia berazam nak ambil Shariah Law juga sambil-sambil tu nak buka bisnes sendiri. Nak buka syarikat peguam Shariah sendiri. Doakan dia eh? Suka dapat kawan yang bercita-cita tinggi ni. :) Mungkin sebab tu adik nak ambil HS eh?

NJihe.am berkata...

[IMPORTANT] - Cara Membuat Rayuan Untuk Kemasukan CFS

1. Isi UIA as 1st choice. Klau bleh 2nd pn UIA lah.
2. Buat personal letter kpd UIA. X wajib tapi digalakkn.
3. Fotostat slip result SPM.
4. Fotostat sijil2 koku. utk myakinkn UIA. X wajib tapi digalakkn.
5. Hntr ke UIA. Make sure bawa suma yg kt atas ni. By hand digalakkn. - Copied from CFS IIUM group -

NJihe.am berkata...

Ada kes pelajar tak dpt masuk UIA, tapi masa hari pendaftaran tiba-tiba ada staf UIA telefon kata dapat. Rezeki siapa tahu.

NJihe.am berkata...

Alamat:

CFS IIUM >
Centre for Foundation Studies
International Islamic University Malaysia
Jalan Universiti
46350 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Phone (+603)-79462400
Fax: (+603)-79571006 / 79555485 / 70540319

UIAM Gombak >
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Jalan Gombak,
53100 Gombak, Selangor.
No Tel: 03-6196 4000,
No Faks: 03-6196 4053
E-Mel: webmaster@iium.edu.my
Laman Web: www.iiu.edu.my

UIAM Kuantan >
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.
No Tel:09-571 6701
No Faks:09-571 6776
E-Mel: webmaster@iium.edu.my
Laman Web: www.iiu.edu.my

Harap dapat membantu.

NJihe.am berkata...

Senarai program pengajian IPTA: http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyipta.cfm

uiam >
http://203.106.19.130/mqr/iptaKPList.cfm?IDAkrIPTS=252

Tanpa Nama berkata...

baiklah akak ni..hehe..apa yang saya x tahu semua da berjawab hehe terima kasih banyak2..;)

hidayah aderis berkata...

salam.akak, saya nk tnya ni. saya dpt asasi human science. tp saya masih ragu2 nak ambik ke x sbb cita2 saya nk jd ckgu. so , sesuai tak kalau saya ambik je course tu atau stay dkt f6 ? mohon pndpt :)

Tanpa Nama berkata...

salam...saya nk tanya klu ambik stam jgk kat skolah lama, kena bg surat berenti tak?lg satu klu pi u luar negara mcm mesir ke lps asasi boleh tak? -terima kasih-

NJihe.am berkata...

Wassalam. Maknanya ada dua soalan di sini.
1) Maksudnya, awak dari stam nak masuk asasi uia? Surat berhenti perlu utk pastikan kita betul-betul mahu masuk asasi uia.
2) Lepas asasi uia nak belajar di Mesir, boleh je. Nanti ada program pertukaran pelajar ke Mesir.

NJihe.am berkata...

Wassalam. Maaf tak perasan mesej. Kalau dah ada peluang lebih baik ambil sajalah. Adik nak jadi cikgu apa? Human Science ni banyak pasal sejarah. Nak jadi cikgu sejarah eh? boleh2. ambil pendidikan masa 'degree'. lagipun kalau ambil f6 kena bersaing lagi utk masuk u.

Tanpa Nama berkata...

apa peluang kerja pelajar econs dkt uia? sy dpt farmasi tp berminat dkt econs

NJihe.am berkata...

Econs ni lebih kepada dunia perbankan Islam. Boleh jadi akauntan di bank muamalat atau ahli ekonomi. Bab kerja ni, akak tak suka fikir dalam skop yang kecil. Perlu tanya orang yang lebih tahu. Cuba buat 'appointment' untuk jumpa kaunselor sebelah Al-Malik Faisal Hall(AMF). Nanti lebih banyak maklumat yang adik boleh tahu.

NJihe.am berkata...

Baca juga >> http://studioous.blogspot.com/2013/05/perkara-yang-anda-perlu-buat-bila-masuk_22.html

Tanpa Nama berkata...

sekarang saya dapat course dentistry kat uia..boleh tak saya nak tukar ke course ben sem 2 nanti...apa saya patut buat?boleh ke budak science program tukar ke art program?

izz'y berkata...

Kak, kalau ambil program asasi bahasa inggeris, peringkat sarjana muda nanti boleh teruskan ke bidang sains politik tak?ke memang kene ambil asasi sains kemanusiaan tu baru boleh sambung ke bidang sains politik?

NJihe.am berkata...

Kena ambil asasi sains kemanusiaan tu (HS). Sebab pelajar perlukan basic untuk sambung ijazah nanti. Subjek a.k.a. 'core course' masa asasi pun berbeza,
contohnya:
HS- Basic Research and Methodology, Antropology, Critical Thinking, Islamic Revelealed Knowledge...etc.
English ada Basic English (BEN) dan ENGCOM (English Communication). Kedua-duanya juga berbeza.
BEN- kita belajar asas-asas bahasa Inggeris. banyak teori.
ENGCOM- Critical Thinking, Public Speaking, Communication in English...etc. banyak praktikal.
Akak tak boleh hurai lebih sebab akak bukan bidang ni. tu je. Kalau betul-betul minat bolehlah cuba buat permohonan tukar kursus. InsyaAllah dapat, lagipun tak ramai nak ambil HS. :)

NJihe.am berkata...

InsyaAllah, boleh. Tapi macam biasa, kena sesi kaunseling secara 'percuma' oleh pensyarah. Kenapa nak tukar bla..bla...? Cuba bincang dengan kaunselor dulu di bangunan sebelah Al-Malik Faisal Hall (AMF). Tanya prosedur macam mana.

Fastlee Arz berkata...

Assalamuaalaikum kak.nak tnya.boleh x msuk uia slpas dah msuk u laen.cnth dah msuk uitm.tp rsa x ssuai dgn korse y dpt 2.pas 2 nak tukar ke uia.mmng nak msuk uia tp x dpt.isi upu pun 1st choice utk uia.boleh x bt rayuan sekarng yg dah bulan 7 ni???tima kasih

thaiyibah hussin berkata...

salam,kak nk tnye ni kalau dr matrik nk masok degree uia x bole eh?

NJihe.am berkata...

Waalaikumsalam, Maaf sangat sebab lambat balas. InsyaAllah boleh. Kawan sebilik akak dia dapat masuk uia lambat, intake ke-3, dalam bulan November gitu. Ada seorang akak senoir, dia bekas pelajar mrsm. akak tu dapat straight A's tapi dia tak dapat masuk mana-mana pun. Mungkin sebab terkejar-kejar nak belajar luar negara dengan kawan. Akhirnya, dia dapat uia November intake. Cuba jelah. Tanya pihak uitm dulu macam mana prosedurnya. Nanti akak cuba tanya kawan akak juga.

NJihe.am berkata...

Waalaikumsalam. InsyaAllah boleh, tapi peluang agak tipis. Pelik akak, ramai budak uia pakat nak pergi U lain, ramai lagi nak masuk uia. Kena tanya pihak universiti dululah macam mana prosedurnya.

Maly Fadzil berkata...

Salam...saya ada dapat tawaran utk smbg degree human science psychology di uia..tp saya mmg tade basic arab.Agama pun ala kadar je. Kwn saya kata kos tu kna belajar sampai level 6.saya ragu2 lagi nak terima ke tak sbb takot x boleh bwk.mohon pendapat..

NJihe.am berkata...

Waalaikumsalam.

Hmm..masalah tiada basic Arab tu senang je. Samalah macam kita belajar English. Para pelajar akan dibimbing oleh pensyarah dari tahap paling asas. Kita akan rasa macam masuk sekolah tadika balik. Serius best! Inilah peluang nak kembali ke alam tadika hee..
Alif..ba..ta...belajar mengenal objek, main lukis-lukis. Macam tulah kita belajar nanti. Sejujur-jujurnya, akak pun tiada basic Arab, sikit-sikit je masa sekolah rendah. Mungkin masa nak jawab 'exam' tu payah sikit. Kena minta pensyarah banyak buat latihan contoh soalan. Tu je. Akak dah 'exempted' pun!

Subjek agama untuk pelajar 'human science' ada dua je dan kebanyakan 'course' > Basic Theme of Quran (BTQ) dan Understanding Islam (UI). Kita belajar balik subjek SPM tu, cuma dalam bahasa Inggeris dan mendalam sikit. Lepas tu ada hafazan. Hafazan BTQ (Al-Furqan 61-77), pensyarah akak nasihatkan hafal 1 hari = 1 baris ayat je. Sambung utk hari seterusnya sampai habis. Hafazan UI pun sehelai kertas je. Jangan belajar 'last minute'! Subjek agama ni dapat naikkan CGPA kita kalau buat betul-betul.

ismail mael berkata...

ASSALAUALAIKOM, KAK SAYA SAYA DAPAT TAWARAN OPTOMETRI TAPI SAYA BERMINAT UNTUK BUAT MEDIC, BOLEH TAK SAYA NAK TUKAR KOS?
POINTER MATRIK: 4.00, MUET BAND:3,KALAU UNIVERSITI SELAIN UIA DAPAT TUKAR KOS TAK? MOHON PENCERAHAN!

NJihe.am berkata...

*Waalaikumsalam. Tak tahulah. Kena tanya pentadbir universiti macam mana. Ikut rezeki masing-masing.

Fastlee Arz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fastlee Arz berkata...

tima kasih

Tanpa Nama berkata...

Pelajar DQ diploma 3 thn nk amik course HS combine dgn IRK, bley x? Level tertinggi smpi mana. Nk jd lecturer bhg tamadun islam de UIA bley x 4 future! Please reply

NJihe.am berkata...

I've no idea about this, saya pernah belajar dengan seorang lecturer dari Filipina, beliau ambil double degree di uia, degree beliau sama seperti yg awak nak tu, tapi tak tanya pula macam mana dia buat. Lebih baik tanya orang yang lebih layak. Saya tak layak nak jawab soalan ini.

Tanpa Nama berkata...

salam nk tnye..uyk pljr lpsan SPM boleh teros mohon medic or dentistry ke??kalau boleh nk mohon kat mne n kena dapat bape A ea??trial amik kire jgk ke??

NJihe.am berkata...

Wassalam, hurm...isi borang upu utk kemasukan ke asasi IPTA. Asasi IPTA guna slip SPM (lepas dapat result pun boleh tukar lagi secara online). IPTS foundation ada yang guna trial terus macam UTP (Petronas). Utk permohonan medic/dentistry...kalau result bagus dan masa isi borang tu letak 'kursus target' pada pilihan PERTAMA. Sekarang pun sukar nak dapat kursus medic/farmasi/dentisry di IPTA sebab persaingan tinggi. Kemudian bertawakal (macam biasalah...)

NJihe.am berkata...

eh, tak de hal pun.

NJihe.am berkata...

Akak ada seorang kawan pelajar BioSc, dia dapat UiTM Puncak Alam, lepas tu di mohon UIA. Alhamdulillah dapat. Akak cuba tanya macam mana. Katanya tulis 'surat' rayuan dan hantar terus ke UIA PJ. (kalau asasi). Bergantung kepada rezeki kita jugalah. Tiada masalah kalau mencuba. Kawan akak tu masuk intake ke-3 (Bulan November). Intake pertama kan bulan Jun, ke-2 dalam dua minggu lepas 1st intake. Belajar? ... pihak uia dah susun jadual untuk setiap intake ni (tak sama subjek yang diambil). Kalau ada masa akak buat entri untuk terangkan hal ni. Tk.

NJihe.am berkata...

Ops, terlupa pula pasal berapa A tu ya? Utk critical course ni minimum 8A dan ke atas. Tapi persaingan sengit. Straight A's lah ramai. Itu pun ada juga pelajar straight A's tak dapat. Yaalah, Tapi! ada juga tak straight A's dapat! cuba bayangkan puluhan ribu pelajar mohon, Pihak pentadbir kena 'check' satu per satu dalam 'list'. Mungkin ada pelajar yang lebih layak, tapi nama dia dalam 'list' jauh ke belakang, nasiblah... Lepas dapat tawaran tu, boleh je minta tukar terus di A&R. Dalam hal ini, doa saja senjata kita.

Tanpa Nama berkata...

akak, kalau dapat asasi AED tu kan, pastu time degree nanti sy nak buat degree TesL. boleh tak? satu lagi, boleh tukar kos ke utk asasi AED kpd asasi BI? harap dapat bantu. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam.saya dpt 3rd intake asasi uia kos irk..nk tnya kos tu susah x?kwn saya dpt 10a n msuk uia kos irk then skg xsampai 3 bln kat asasi irk dia keluar dr uia...so jd agak bimbang nk ambk kos tu..mohon pendapat..nk kna dftr 27 okt ni..n now smntara tggu u saya brada di form 6..pndapt kak saya patut terus f6 or uia? Thanks.

NJihe.am berkata...

InsyaAllah, boleh je. Isi borang tukar di Language Department.

NJihe.am berkata...

Waalaikumsalam, hmm..tak tahulah sebab akak bukan pelajar irk. Kalau nak masuk juga, kawan akak sarankan agar adik ambil exam STAM tu. Exam nak dekat dah kan? Masa hari pendaftaran tu pergi jelah, daftar macam biasa. Lepas tu bincang dengan Mahallah Office nak ambil cuti masa exam. Supaya kalau tiba-tiba rasa IRK tu membebankan, boleh sambung semula STAM atau teruskan belajar IRK di UIA.

Boleh tengok entri ni juga>>
http://studioous.blogspot.com/2013/10/irk-n-hs.html

NJihe.am berkata...

Majlis ilmu pun banyak di sini, boleh belajar secara tidak langsung.

Tanpa Nama berkata...

saya skg ambk STPM bukan STAM..rasa beban pula nak buat mcm tu..rasa nak nangis pun ada skg..ibubapa saya nampak happy bila saya dpt Uia tp parents xlah memaksa sya..

Tanpa Nama berkata...

Assalam kak. Boleh ke student yg bukan drpd sekolah agama dan tiada basic arab apply course IRK? Saya minat sangat bidang ni.

Hilyah Muslimah berkata...

Assalamu'alaikum saya nak tanya tahun depan saya ambil spm aliran agama. So kat sini saya nak tanya macam mana nak masuk asasi di uim aliran agama jugak? Dan upu tu nak daftar saing bila ?

NJihe.am berkata...

Waalaikumsalam, boleh kalau ambil Bahasa Arab masa SPM. Atau sambung lagi setahun di mana-mana sekolah tahfiz swasta, lepas tu boleh 'apply' bidang agama.

NJihe.am berkata...

Waalaikumsalam, check kat portal upu bila boleh daftar. Beli no pin di bsn, dan ikut cara yang ditetapkan. Boleh tanya kaunselor sekolah bila... Letak uia n asasi ilmu wahyu pada pilihan pertama dalam borang online tu.

Nurannafira Azami berkata...

Assalamualaikum, saya nk tanya berkaitan asasi sains kemanusiaan. Asasi tersebut ada kaitan dgn geografi ?

◤Cute People◢