Crazy with Trigos

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wah, sekarang tuan blog ini suka main chak..chak.. atau chipsmore. Maaf, dah lama tak 'update' blog ini. Minggu lepas sudah berakhir kuiz-kuiz yang sangat menakutkan. Sejak sekolah lagi Jiha tak minat Trigo ni. Trigo > Trigonometry dalam subjek Math II. Sebab trigo ni kena buat banyak sangat latihan. Note: 'banyak sangat', [dah langgar peraturan tatabahasa Melayu]. Nak ceritanya di sini, tajuk ni akan membuatkan sesiapa sahaja pelajar pandai tercabar. Pandaikah aku? Hmm..bolehlah.

Madam Math Jiha bercerita tentang subjek Math, banyak formula Matematik ini dicipta oleh orang Islam seperti Musa Al-Khawarizmi, Abu Wafa, dan ....[krik..krik..] Sebab itu, tokoh Math tidak diceritakan dalam mana-mana buku Matematik terbitan Barat. Cuba tengok Physics, pergh! dengan Issac Newton, Gallieo Galilie, Bernoullie, bla..bla.. Nampaklah mereka tak  begitu suka pada Islam ini. Sedikit sebanyak ceramah Madam yang panjang lebar itu telah membuka hatiku untuk mendalami ilmu Matematik ini.

One of the craziest thing about uia is you need to learn something that not campatible with your course. Such American style! Contohnya, subjek Physics, kebanyakan universiti tak beri Advanced Math n Physics ni kepada pelajar Biologi, sebab kurang diperlukan, tapi tidak pada UIA. Belajar juga tapi sampai level II sahaja, pelajar kejuruteraan sampai level III. [dulu belajar juga, sekarang tak] Tu pun dah wargh!!! Sampai ada lecturer Jiha buat lawak macam ni, Tak apa, belajar jelah, nanti kamu dah tua-tua nanti boleh ajar cucu kamu.

"Opah, tahu Keplers Law ni, kamu jangan nak main-main dengan Opah ni", kita akan  jadi nenek/atuk yang dahsyat tentang ilmu pengetahuan ni. Semua tergelak. hikhik.


Kebanyakan ilmu trigonometri diasaskan oleh Abu Wafa.


Pada suatu hari, Jiha dan kawan-kawan ke bilik madam untuk 'consultation', ada kawan Jiha minat bidang Matematik, tapi dia ambil Sains Kesihatan. 'Saya memang minat Math madam, saya tak minatlah Bio ni.' Lepas tu madam pun beri nasihat, berdasarkan pengalaman beliau dengan pelajar 'batch' sebelum ni. Math ni banyak juga kegunaan kepada masyarakat tapi orang tak nampak. Misalnya, 'washing machine' tu guna ilmu Math untuk pembentukan model dan segala struktur di dalamnya. Seorang saintis Iran telah mencipta teori 'Fuzzy Math'. Teori ni banyak diperlekehkan oleh saintis Barat sebagai tidak logik! Kalau ikut logik akal manusia biasa memang tak logik formula-formulanya. Namun, teori ini telah diperkembangkan di Jepun dan telah pun digunakan sebagai subjek teras bidang kejuruteraan di sana. Macam menarik dan tertarik kan? 

Madam juga cakap,'Orang Math ni tahu apa manfaat Math kepada masyarakat, tapi mereka tak boleh nak terangkan. Kalau terangkan pun kemampuan akal tu tak sampai. Ceh, terasa macam 'gifted' pula orang Math ni! Budak bio tak nampak kelebihan Math ni, tapi mereka boleh terangkan manfaat bio kepada masyarakat dan orang boleh nampak. 'Generally', kita nampak Math ni hanya formula pelik-pelik yang dibuat ikut suka, tapi setiap formula tu ada kegunaannya."

Sesiapa yang baca entri ni tolongkan doakan tuan blog ni berjaya  dengan cemerlang dalam sem ni. Rasa tercabar pula minda, memang sem ni tak fikir banyak benda lain. Tiap-tiap hari hadap buku, tapi adalah juga 'terbuka' blog, facebook, semua tulah. Muehehe. Dahlah 'exam' lepas raya, orang seronok raya, kita dok fikir 'exam'...'exam'. Hmm...cabaran besar buat yang berjihad dengan menuntut ilmu.

Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

NJihe.am

1 ulasan:

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram