Kenangan di Seminar TeenACE 2013 : Hari Pertama

7:18 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(gambar poster TeenACE)

Wah, dah seminggu lebih kot tak usher blog sendiri.  Mesti ada sesiapa yang ternanti-nanti bilakah tuan blog ni nak cerita fasal TeenACE a.k.a. Teen Award, Convection and Exhibition. TeenACE merupakan program anjuran LangitIahi pada 29-30 Jun 2013 yang lalu. Pada mulanya, pihak penganjur bercadang untuk buat di Dewan Centrum Setiawangsa, KL kemudian bertukar ke Dewan Kristal, Menara Telekom atas sebab ada kenduri kahwin di tempat kejadian. Ceh, kenduri kahwin je pun! Mungkin orang besar walaupun tempahan dewan telah dibuat lebih awal. Alhamdulillah, Jiha dan kawan-kawan tahu jalan nak ke lokasi baru di Menara Telekom tu.


Sabtu, 29 Jun 2013

Kami bertolak seawal jam 6.30 pagi! Fuh awal bangat! Sebabnya majlis mula jam 7.30 pagi. Susah juga nak keluar awal, kena tahan dengan Pak Guard lagi. Nasib baik Jiha dah buat surat dan hantar pada Mahallah Office (MO) siap-siap. Write in English ok! Ada dua orang ‘sister’ lain ada program di PICC tapi tak buat surat. Jenuh mereka kena tahan. Akhirnya lepas juga sebab tunjuk tiket.  Pergh, Pak Guard di sini memang garang bangat!

(surat keluar pertama hee…)

 Sampai sahaja di dalam Dewan Kristal tu, para peserta sudah beratur memanjang. Masa tu mata terintai-intai akan kelibat budak UIA. Akhirnya, jumpa seorang dan kebetulan dia datang ke sana seorang diri. Jadi, dia pun ‘join’ kami. J Jiha daftar dengan seorang akak ni, dia jadi committee. Jadi senanglah! Bayaran RM120 (early bird untuk remaja bawah 19 tahun + penginapan).



Ramai lagi sebenarnya tapi kami berpisah...kemudian bertemu semula. 

Azhar Hilmi, penyanyi solo di LangitIlahi telah merasmikan pentas sekitar jam 8.30 pagi dengan lagu Sebiru Langit dan Kita Hamba Tuhan. Sebelum ni dengar lagu dari kawan je, sekarang baru kenal penyanyinya. Cepat-cepat kami usahakan tempat duduk paling hadapan tapi tak dapat sebab ada peserta-peserta yang datang jauh lebih awal dari kami.

                                                  

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan CEO Langit Ilahi, Hilal Asyraf. Saudara Hilal Asyraf telah memberi ucapan bertajuk, ‘Remaja Harapan Ummah’. Ucapan yang penuh dengan inspirasi. Beberapa potongan ayat suci Al-Quran ditayangkan di ‘slide’. Sempat Jiha dan kawan-kawan salin kod ayat satu per satu. Hmm..balik kena semak semula!


Dalam masa yang sama, perut sudah mula berkeroncong minta diisi. Dahlah masa bertolak tadi kedai makan tak buka lagi, makan biskut dan roti je. Kudapan menanti jua pada jam 10 pagi. Yummy! Jom makan! Kami makan nasi lemak dan air teh sahaja.
Majlis diteruskan lagi oleh Amin Idris, pengacara TV Al-Hijrah dengan tajuk, ‘Magnet Diri Remaja Luar Biasa’.


Baru Jiha tahu saudara Amin Idris merupakan bekas pelajar UIAM jurusan Undang-undang. Tak boleh bla..kisah biawak dan pakuda tu hee… Kata-kata menarik yang kami ambil dari Bill Gates, ‘When You Have A Clear Vision, You Don’t Even Have Time For Breakfast.’ Lalu ditambah lagi oleh saudara Amin Idris, ‘When the Vision is Clear, The Action Gets Easier!’. 

Seterusnya, tibalah masa Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berucap. Antara karya beliau, Di Hamparan  Shamrock, Ku Seru Namamu. Kawan Jiha kata novelnya best, nanti nak cuba cari jugalah. Kisah berkenaan perjalanan seorang Dai’e (ustaz) di bumi Barat. Suka tengok ustaz ni buat kali pertama sebab beliau sangat kelakar. Lagi-lagi kisah beliau jual lipas untuk ujian makmal masa zaman sekolah, seekor = 20 sen. Semua tergelak! Masa tu ustaz nak minta kebenaran cikgu beliau untuk tambah subjek Arab masa SPM, tapi cikgu ustaz tak bagi. Terus merajuk nak tukar sekolah, siap bawa beg besar bagai. Akhirnya, cikgu ustaz bagi. Yay! Haha.. Kata-kata menarik dari beliau juga, ‘Jadilah remaja yang degil, tapi salurkan kedegilan anda ke arah kebaikan.’ Yup, betul 3x. Laman web: saifulislam.com

                                              
Jiha pun ada kedegilan tersendiri sebaik sahaja masuk alam remaja ni. Antaranya, kes nak keluar ke TeenACE hee.. Kalau cakap direct comfirm umi tak bagi. Mesej yang tersusun dan penuh helah telah berjaya mendaratkan kaki ini di Menara TM. Yes!

Perut pun berkeroncong lagi, para peserta dijamu nasi lauk kari ayam dan air sirap/oren/milo. Ikut lidah oranglah kan? Jangan lupa solat Zohor secara berjamaah! Gerai-gerai sudah dibuka di tepi dewan. Ada gerai jubah dan tudung, cenderamata, biskut raya, barangan dari Brotherhood seperti Keychain, sweater, sticker, buku-buku ilmiah dan buku-buku karangan Hilal Asyraf di belakang dewan. Ramai peserta sudah beratur untuk meminta autograf daripada saudara Hilal Asyraf.

            

Sempat bergambar dengan Kak Mashitah, isteri Hilal Asyraf dan anaknya yang sangat comel. :)
                                           

Selepas solat, tibalah masa yang dinantikan untuk kebanjiran para peserta. Majlis diteruskan lagi dengan Forum bertajuk, ‘Remaja Berjati Diri Peneraju Komuniti’. Beberapa panel yang tidak asing lagi seperti Aishah Shakirah, Adibah Awang, Imam Muda Asyraf dan Anwar Hadi. Bila sebut je Anwar Hadi, ramai yang menjerit, Anwar Hadi!!! Kenapa Jiha tak bagi tau, kita pun nak’ join’ juga. Hensemnya dia! Aww…Bluekk… Sudah-sudahlah dengan gedik tu.


Punca yang mendorong mereka untuk menjadi terkenal >>> jeng..jeng…

Aishah Shakirah > meminta untuk tidak bercakap dan memilih untuk menjadi moderator sahaja. Mengelat!

Facebook; Aisyah Shakirah Suhaidi 
Twitter; https://twitter.com/AisyahShakirah
Youtube; http://www.youtube.com/user/AisyahShakirah
Blog; http://aisyahshakirah.blogspot.com/


Adibah Awang > obses dengan kamera DSLR ayah yang baru dibeli. Minat perbahasan.

Nama : Adibah Bahiah bt. Awang
Youtube Adibah Awang : http://www.youtube.com/user/adibaaah
Blog Adibah Awang : http://adibah-awg.blogspot.com
Tarikh Lahir Adibah Awang : 17th February 1995

Anwar Hadi > Bermula dengan berlatih bercakap di depan webcam setiap hari selama tiga bulan. Dengan rendah dirinya Anwar Hadi mengatakan bahawa beliau sangat lemah berbicara dalam bahasa Inggeris. Setiap hari bercakap depan webcam berkenaan rutin harian beliau selama tiga bulan. Tak percaya kan? Mengambil TOEFL di Australia. Mula menjadi vlogger apabila dicabar oleh kawan-kawan dan beliau sendiri suka menonton youtube sepanjang masa. Hee.. Sangat tabik bila beliau bercakap sebab Melayu Baku habis! Kalau cakap dalam bahasa Inggeris pun English habis!  Sekarang follower beliau mencecah 10k ++.

Nama : Noor Anwar Hadi Bin Noor Azman
Youtube Ini Anwar Hadi : http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi
Blog Ini Anwar Hadi : http://www.anakazman.blogspot.com/
Twitter Anwar Hadi: https://twitter.com/IniAnwarHadi

Ketiga-tiga vlogger di atas telah mencapai follower youtube 10k ++. 

Seterusnya, giliran Imam Muda Asyraf yang agak tua berbanding moderator yang lain dan beliau seorang sahaja yang sudah berkahwin :P Sejarah memasuki uji bakat Imam Muda kerana beliau bosan dengan rutin harian sementara isteri beliau sibuk belajar di rumah sewa. Kira kahwin masa belajarlah ni. Sewaktu sedang menunggu giliran pendaftaran, peserta dikehendaki memberi gambar kepada petugas. Masa tu IM Asyraf ada dua keping gambar saja dalam pendrive. Satu gambar passport, satu lagi gambar balik dari kenduri kahwin dengan berkain pelekat bagai. Sementara itu, peserta lain memberi gambar berkot hitam dengan segaknya. Namun, petugas pun memilih IM Asyraf kerana mereka memilih peserta yang ingin menjadi diri sendiri, bukan hipokrit.  Hmm...bagus 2x. Maka, bermulalah misi dakwah IM.

Di sini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mereka tidak memilih untuk menjadi popular pada awalnya. Tak pernah terfikir pun… Rezeki di tangan Allah, siapa tahu kan?

Selepas forum selesai, tibalah waktu solat Asar dan makan petang. Berbondong-bondong peserta ingin mengambil autograf. Oleh sebab terlalu ramai, Jiha pun terlepas nak bergambar. Biarlah solat diutamakan…sedih memang sedih. :(

Selepas solat Maghrib, Faith Seferagic tiba ke lokasi kejadian. Yes! Sebenarnya Fatih dah lama sampai, tapi beliau ada majlis di tempat lain jemputan rakyat Malaysia juga. Esoknya pula, Fatih bakal menghadiri Konvokesyen Cinta Allah dan Rasul di UIAM Gombak. Biasalah Hot Staff! Teringat pula kata-kata saudara Hilal, macam mana kamu layan k-pop, macam tulah kamu layan Fatih ya? Memang kena batang hidung sendiri. Hee… Nak menjerit bagai. Perlu diingatkan bahawa walaupun muka Fatih tu macam pelakon Bollywood tapi beliau seorang HAFIZ Al-Quran tahu! Bukan selebriti.

                                                
Fatih sempat mengalunkan bacaan Surah Ar-Rahman sampai habis disertai dengan nyanyian nasyid qasidah dan Intifada’ dari kumpulan Rabbani.

                               

Kesian tengok Fatih terpinga-pinga menangkap mesej dalam bahasa Melayu, tapi Fatih nampaknya begitu teruja dengan qasidah. Beliau pun menyanyikan sebuah qasidah ghuraba' sebelum memberi ruang kepada para peserta untuk bertanyakan soalan.
Sebelum itu, Fatih sempat bercerita serba sedikit tentang latar belakang beliau. Beliau berasal dari Bosnia lalu menetap di German lalu menetap di US sehingga berumur 18 tahun (kini). Fatih banyak menggunakan perkataan bla..bla… ketika bercerita sebab dah terbiasa dengan budaya US katanya. “ I’m afraid that you guys will be bored with me,” Fatih tersengih. Antara soalan yang dikemukakan oleh para peserta ialah, [lebih kuranglah bunyinya]

1) Fatih, do you have a certain diet to keep memorizing the Qoran?
I know that each country have own myth. I’ve never HEARD about that until I arrived in Malaysia. But my teacher said that ‘badam’ or almond is good for our brain. You need a strong determination to keep doing it. Just like this afternoon, I ate pizza with my friends, I just eat like usual people. No harm to be with memorizing Quran. [Kan orang Melayu ni banyak pantang larang. Kesian Fatih layan soalan pelik-pelik].

2) How do you interact with people whom treat you for good purpose after you’re recognize as famous people?
I’m not ready to answer religious question. Coz anything I said will be hightlighted by most people. Owh, Fatih said like this, Fatih said like that. I don’t even have any degree. Mom always pray for me to protect me from evil eyes. Aww..so sweet.  [Soalan ni Fatih sangat takut. Fatih juga bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Phylosophy]

3) How do you survive in American country while Muslim as a minority people?
I believe that many people are good, regardless their religion, beliefs, if bad people maybe some! Although we as Muslims are amongst the minority, everybody treat us nicely. We’re not very pious like you do, I somehow want to do things like most teenagers did. You know… (merendah diri pula si Fatih ni].

Dalam video ni, Fatih ada bercerita kisah beliau berminat untuk menghafaz Al-Quran. (Klik sini)
Saudara Fatih Seferagic telah dinobatkan sebagai anugerah antarabangsa TeenACE, manakala saudara Nokman A. Saad bagi anugerah TeenACE dalam negara. Namun, Fatih menunjukkan riak muka tiada perasaan je apabila mendapat anugerah itu dan terus beredar meninggalkan dewan bersama rakannya…



Setelah majlis tamat, para peserta pun beredar. Peserta-peserta yang telah mendaftar penginapan telah menginap di UniKL, BMI dan UniKL, Cosmopolitan.

Jumpa kawan sekolah lama, kebetulan pakaian kami memang sedondon. :)


Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

You Might Also Like

3 comments

  1. teringin lak jumpa fatih nih . nampak matang lak . rasa diri ni mcm kecik jer ...

    BalasPadam
  2. Seronoknye event ni.teringin nak pergi :)
    Selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  3. TeenACE macam lagi gempak jeee :( rasa macam banyakkk sangat input yg saudari peroleh dari TeenACE. cemburu :'(

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

♥Fb Page♥



Instagram