Kenangan di Seminar TeenACE : Hari Kedua

12:32 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Walaupun seminar ni dah lama berlangsung, nak juga buat liputan ceh! Hari ni Jiha nak cerita perjalanan seminar TeenACE hari kedua. >>>

Kami bertolak seawal jam 7 pagi dari UniKL BMI. Sarapan di Menara TM.

Ameen Misran - Poem Raper (fotogenik punya orang) - Puisi Islamik yang digayakan ala rap gitu.


Kedatangan Youtubers Mr The All Shared : Layar Perak Pertandingan Video TeenACE. Walaupun video-video mereka 'sengal' sedikit, terbawa-bawa perangai kebudakan itu, tapi semua ohsem dan yang paling penting dengan tujuan berdakwah kepada masyarakat. Inspirasi daripada Bro Aiman Azlan.





Kuliah Umum - Remaja: Baiki Diri, Seru Insan! - Ali Irfan Jamaluddin (Bro Hamzah)



Sewaktu tiba giliran saudara Bro Hamzah, semua hadirin tersentak. Pada mulanya, beliau memaparkan selebriti dalam dan luar negara. Semua dapat jawab. Apabila dipaparkan gambar imam, sheikh, tokoh-tokoh agama, semua terdiam. Kebanyakannya dijawab balik oleh Bro Hamzah dan Hilal Asyraf. [malu rasa]. Adalah yang Jiha tahu sedikit, Imam Hasan Al-Banna, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Sheikh Imam Al-Buyuthi (meninggal dunia sewaktu pengeboman di Syria). Alhamdulillah, sejak berkawan dengan budak talaqi ni, banyaklah juga nama tokoh yang tahu, tapi muka tak tahu. Hmm...             

Kuliah Umum - Remaja Bangkitlah Dari Lena oleh Afdholul Rahman Che Ani. Puisi yang penuh inspirasi.


Kudapan (harus)

Kuliah Umum: Sekolah & Varsiti Bukan Penjara! oleh Zul Fikri Zamir dari Teach For The Needs. 
Ilham daripada buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang (buku bestseller MPH).




Tajuk hangat yang membincangkan fungsi sekolah yang perlu diperbetulkan. Seluruh dunia tidak terlepas daripada sistem kapitalis yang lebih menjurus kepada penindasan sebelah pihak dan menguntungkan pihak yang lain. Sistem sekolah berasal dari Rusia. Sistem ini mengasingkan para pelajar mengikut keupayaan intelek [mengikut definisi mereka] walhal setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Selain itu, sistem ini juga berperanan mendidik rakyat agar bersetuju dengan pemerintah mereka. Para pelajar perlu bersaing untuk hidup sehingga wujud mentaliti 'tidak berjaya akademik, gelap terus masa depan'. Hal ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam sendiri, bahawa rezeki kurniaan Allah s.w.t.. Natijahnya, para pelajar khususnya yatim piatu dan miskin, sukar menyaingi rakan-rakan mereka. Pergi kedai buku untuk membeli buku rujukan, bukan menambah ilmu tapi lebih kepada strategi menjawab soalan. Nampak tak di situ? Rakan-rakan yang kaya sudah tentu mempunyai kelas tuisyen yang mampu dibayar oleh ibu bapa. Oleh sebab keputusan yang kurang memberangsangkan itu, anak-anak ini disisihkan dan tidak kurang pula yang melabel mereka sebagai PEMALAS! Sungguh kejam tanggapan itu pada pengamatan saya. Teach For The Needs (TFTN) ditubuhkan untuk membantu anak-anak ini.

Promoedya Ananta Toer, aktivitis Indonesia yang dipenjarakan oleh sebab penulisan beliau yang provokatif dalam memperjuangkan hak individu yang ditindas oleh sistem ini. Penulis juga mempersoalkan, adakah sekolah itu tempat memanusiakan manusia oleh Johan Affandi? Adakah sekolah yang kita lihat pada hari berjaya melahirkan masyarakat yang bijak membezakan baik buruk sesuatu perkara? Mengapakah lahir pula masyarakat jahiliah moden dari golongan intelektual yang mahir tulis baca? Pergh, hangat 3x.

Jiha lihat isu yang diutarakan bukan isu liberal tapi mengajak kita berfikir bahawa apa jua hukum yang tidak berpaksikan ajaran Islam akan goyah sendirinya, terdapat banyak kelemahan yang boleh dipertikaikan. Penulis juga pernah membentangkan isu ini kepada golongan pendidik. Sebagai pelajar, jangan malas belajar pula lepas ni, kata sekolah kapitalis! huhu~ Betulkan niat kita:

Ya Muqallibal Qulub Tsabbit Qalbi 'Ala Diinik 
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan kami di atas agamamu

Solat Zohor dan Makan Tengah hari.

Seterusnya slot resolusi, dikendalikan oleh 4 ikon LangitIlahi – Ameen Misran, Qawiem Khairi (Jemaah Gangster), Azhar Hilmi, dan Uzair Izham of LangitIlahi dalam bentuk forum santai. Semua kawan satu sekolah saudara Hilal Asyraf.


Jom tengok video lagi>>




Hilal Asyraf mempromosikan LangitIlahi Community yang sudah dibuka sekarang (klik sini)

Tandatangan yang berjaya diambil....

Rifdholul Rahman

Hilal Asyraf, Adibah Awang dan Aishah Shakirah

Ameen Misran, Qawiem Khairi, Umar Hanif dan Azhar Hilmi

1002760_684445504905059_728186861_n
Krew Seminar TeenACE 2013, insyaAllah nak jadi untuk 2014 :P

<<< Kenangan di Seminar TeenACE : Hari Pertama

Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

You Might Also Like

3 comments

  1. Alangkah bagusnya kalau seluruh remaja malaysia diberi peluang menyertai seminar ini . sangat bermanfaat untuk mengenali kehidupan , hala tuju dan beri inspirasi ...

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

♥Fb Page♥



Instagram