Pergi Amcorp Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf dah lama sangat tak update blog. Macam-macam sibuknya sekarang ni, ditambah lagi dengan 'line' internet universiti yang lambat macam siput.

Petang tadi Jiha dan rakan sebilik pergi ke AmcorpMall di Taman Jaya. Kali pertama menjejakkan kaki ke sana.



Kami pusing satu bangunan tu. Bahagian kedai jelah sampai tingkat 4. Nak cari kedai buku sebenarnya. Papan notis di bilik perlu diperbaharui dengan corak baharu. Maklumlah, akak senior bilik sem lepas nampaknya golongan yang suka tema 'rockers'. Nak tukar dengan tema baru yang lebih sedap dipandang.

Ada dua buah kedai buku yang menarik perhatian kami. Pertama, kedai buku-buku Inggeris yang sudah maklum harga sebenarnya mahal nak mampos! Hee... bahasa hiperbola nampaknya.

Pernah nampak tak?

Jom usher harga!






Jauhkan perbezaan harga? Sesiapa minat novel atau buku Inggeris bolehlah. Buku rujukan universiti tak nampak pula.

Kedai buku kedua semestinya kedai buku popular. Tapi Jiha masuk sekejap je, cari buku 'Suami Aku Ustaz' dan beli dua batang pen. Lepas tu terus keluar. Duit elaun tak masuk lagi, tengok sajalah buku-buku idaman... Sementara itu, kawan Jiha sibuk memilih kertas warna.

Kami juga tidak lupa singgah di Romantika, tempah paling murah membeli barangan hiasan.


Entah kenapa tiba-tiba tertarik dengan teddy bear yang comel belaka ini walhal saya bukanlah peminat teddy bear.





Baju raya yang cun-cun pun bersepah di sini. Malas nak ambil gambar. Kita nak sambut Ramadhan al-Mubarak bukan Hari Raya tahu! Hee...


Buku-buku yang dibeli, Suami Saya Ustaz dan Sophie Kinsella [dah lama tak baca buku orang putih ni, nak ambil MUET nanti]. Pastikan buku kureng unsur jiwang, lebihkan persahabatan. Jiha bukan kaki novel, tapi nak buat rujukan novel bersiri. Ada lagi rujukan lain seperti Simfonik Cinta oleh Langitlahi, Denyut Kasih Medik oleh Dr Farhan Hadi, dan... Nanti baca sendirilah bila dan siap.

Sebagai insan biasa yang baru nak berjinak dalam dunia penulisan, perlulah kita kritik penulisan orang lain, bukan bermaksud mengambil idea orang lain, tapi nak belajar cara mengolah idea dengan berkesan. Kalau boleh nak cari seseorang yang boleh memberi komen terhadap novel bersiri: Tragedi Cinta Laut yang cuba dihasilkan oleh saya. [malu lah pula..]. Tajuk novel mungkin akan difikirkan kemudian.

Berkenaan dengan Seminar TeenACE anjuran LangitIlahi, insyaAllah akan di'update' malam esok. Sekarang Jiha ada 'leadership training for hisbah' merangkap 'Assistant Welfare'. Alhamdulillah...dapat peluang memperbaik diri. Nak latih diri berkomunikasi dengan baik. Tapi sedih tak dapat balik rumah. Dah sebulan kot. :-(

Sekian tu je.

NJihe.am

2 ulasan:

  1. tak pernah lagi masuk amcorp mall ni..slalu tgok dari luar je...huhu

    BalasPadam
  2. zaman saya study dulu , beli buku dgn lecturer . wpun mahal sbb import tapi puas hati sbb pilihan lecturer . Selamat berpuasa ...

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram