Seminar Ramadhan dan Syawal

12:02 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna. Selangkah demi selangkah setahun sudah pun berlalu...[tiba-tiba nak bernasyid pula hikhik]

Tup...tup...sudah sampai malam sepuluh terakhir Ramadhan. Belajar untuk exam pun buat, menyempurnakan amalan fardu serta menambah amalan sunat juga perlu. Pada 3-4 Ramadhan 1434H yang lalu, pihak Darul Mahabbah telah menganjurkan Daurah Firasy di UKM, Bangi. (Wah, lama dah!) Daurah berasal dari perkataan Arab bererti seminar, Firasy bermaksud hamparan. Tapi, definisi firasy di sini bukan itu maksudnya. Fi - Fiqh, Ra - Ramadhan, Sy - Syawal. Jelas eh?

Sepanjang program berjalan, tak berani nak ambil gambar sebab dah dinasihatkan awal-awal supaya tidak menjaga adab-adab menuntut ilmu termasuklah tidak melihat jam dan sentiasa berwuduk sepanjang program berlangsung.

Antara penceramah yang dijemput oleh pihak Darul Mahabbah. Dari kanan, Al-Habib Naqjmuddin Al-Khered hafizahullah, Ustaz Muhadir Hj Joll As-Senary, dan Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Ambil dari 'ukhti kamera'.


Memandangkan suasana dewan yang sangat sejuk seperti berada di Kutub Utara, jaket labuh digandingkan dengan jubah. Tudung hitam pinjam dari kawan je.


Dek ilmu tak tinggi mana, sukar juga nak menangkap setiap potongan ayat dan hadis. Rasa setiap kata-kata mereka sangat bermakna, nak angkut semua! Jiha pun berkenalan dengan akak yang kebetulan duduk di sebelah untuk meminta rakaman. Ukhti tu bawa kamera Sony canggih, model apa pun tak tahu. Sambil tu merapatkan ukhuwah. Sejak jadi blogger ni, senang je mesra dengan orang baru. Ukhti tu pun beri, alhamdulillah. Maaf, rakaman tu tak boleh 'upload' sekarang dek kekangan masa. Masa betul-betul free nanti, akan kucuba 'upload'kan. Memori pun banyak guna lebih 16GB kot! Ada kawan Jiha nak rakaman tu, dia guna pendrive 8GB, kena dua kali ulang alik ke biliknya, tu pun ada dua rakaman lagi tak habis.

Gambar lagi > sumber: fb Daurah Mahabbah

Al-fadhil Ustaz Nazrul Nasir

Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree



'Jealous'nya tengok orang ada duit ni. Nak beli apa pun semua boleh. Penjaga kedai ni cakap, Ustaz Don pernah singgah ke gerainya. 'Eh, ni guru saya ni,' begitulah responnya terus disuruh bungkus semua untuk dibeli.

Ingat tak surah Al-Qadr yang menceritakan malam Lailatul Qadar? 

Suruh ukhti yang pandai tulisan khat untuk buatkan. Cantik kan?
Ayat di bawah pula telah diajar oleh Ustaz Muhadir sebelum bertemu para ulama. Agar Allah memperlihatkan yang baik-baik sahaja dari kita. 'Allahumasturna Bisitrikal Jamil'.

Kes mengantuk yang sukar dielakkan, sebab qailullah pendek sangat. Selalu buat 15-30 minit. Hari tu buat 5 minit je. Takut kena tinggal. Bila dah tersengguk-sengguk tu, pandai-pandailah sorok. Hee...

Terima kasih kepada pihak Darul Mahabbah yang telah menganjurkan program ini. Susah tu nak jemput para masyaikh ni, banyak adab perlu dijaga. Lihat mereka terbuka atas teguran dan nasihat. Harap pihak Darul Mahabbah boleh buat Seminar Solat dan Fiqh Wanita. Tu je.

Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

You Might Also Like

3 comments

  1. cantik tulisan khat tu , saya belajar dulu pun , sampai sekarang tak cantik sangat tulisan khat tu...hehehe
    sempat belajar 1 sem je...hehe

    BalasPadam
  2. thanks for sharing :b banyak input dapat malam ni

    BalasPadam
  3. alhamdulillah . banyak pahalanya bila dapat berada di majlis agama / ilmu seperti ini di bulan ramadhan . bukan semua orang dapat peluang .

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

♥Fb Page♥



Instagram