Bicara Tokoh: Dr Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nama penuh: Dr Syeikh Said Ramadhan al-Buthi

Kelahiran: Perkampungan Jelika, Buthan wilayah Anadul di Turki pada tahun 1929M.
- Berhijrah ke Damsyiq kerana bapanya tidak selesa dengan pemerintahan Turki di bawah Mustafa Kamal Atarturk yang baru sahaja menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah (Ottoman Turks) pada 1929M.
- Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 13 tahun dan bapanya berkahwin dengan wanita Turki.
- Menguasai bahasa Turki, Kundi, Arab dan Inggeris.

Pembelajaran Syeikh:

- Beliau telah dihantar oleh bapanya kepada seorang wanita yang mengajarkan al-Quran kepada kanak-kanak dan telah mengkhatamkan al-Quran dalam masa 6 bulan sahaja. Beliau telah menghafaz Al-Quran pada usia 6 tahun.

- Beliau telah belajar di sekolah rendah daerah Sarujah, sebuah perkampungan lama di Kota Damsyiq. Di sana, ilmu Matematik dan bahasa Arab diambil berat.

- Di Damsyiq, beliau telah berkenalan dengan ramai tokoh yang hebat. Antaranya ialah:
→♦ Syeikh Abdul Rahman Habannakah
→♦ Syeikh Sodiq Habnnakah
→♦ Syeikh Kuraiyim Rojih
→♦ Syeikh Mustafa al-Khin
→♦ Syeikh Mustafa al-Bugha
→♦ Syeikh Ali Syarbaji
→♦ Syeikh Rusydi Qalam
→♦ Syeikh Wahbah al-Zuhaili

- Berkahwin pada usia 18 tahun dan mempunyai 7 orang anak (6 orang lelaki, seorang perempuan).
Wanita yang dikahwini pula lebih tua daripadanya, atas nasihat bapanya Syeikh Mulla Ramadhan al-Buti.


Jawatan Syeikh
→♦ Mustasyar dalam perbincangan di Majma’ al-Fiqhi al-Islami
→♦ Anggota Hisbah dan kajian bagi kewangan Islam
→♦ Anggota Persatuan Nur Islam di Perancis
→♦ Anggota Muassasah al-Bait di Ammah Jordan
→♦ Anggota majlis tertinggi Akademik Oxford
→♦ Anggota majlis penasihat tertinggi bagi Muassasah Tobah di Abu Dhabi
→♦ Imam Jamek Umawi
→♦ Presiden Kesatuan Ulama Negeri Syam
*termasuk menyampaikan ceramah dan pembentangan kertas kerja. (gambar syeikh di Malaysia)

Anugerah Terulung
→♦ Tokoh Dunia Islam di Dubai pada tahun 2004
→♦ 27 daripada 500 Tokoh Paling Berpengaruh dunia pada tahun 2012

Kematian Syeikh

- Dibunuh pada Khamis malam Jumaat, 21 Mac 2013M / 19 Jamadil Awal 1434H ketika sedang memberi pengajian agama di Masjid al-Iman, Damsyik.
- Dikebumikan bersebelahan kubur Salahuddin al-Ayyubi berhampiran Masjid Umawi.
- Terbunuh melalui letupan bom terancang yang membawa kematian seramai 42 orang dan 84 orang cedera.
- Mengikut Syeikh Muhammad Abu al-Huda al-Yakubi, rejim Asad berkata bahawa Syeikh al-Buti bercadang untuk meninggalkan rejim Asad dan berniat untuk mengiklankan mauqif serta pendiriannya terhadap rejim Asad. Pembunuhan dilakukan setelah Syeikh al-Buti berniat untuk bermusafir keluar dari bumi Syria bersama keluarga. Hal ini telah dilakukan oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi untuk menyelamatkan ilmu beliau daripada golongan yang cuba menjatuhkan Islam.


Gambar pembunuhan tragis:





Puluhan ribu rakyat Syria menghadiri upacara pengebumian dan solat jenazah Syeikh dan diimami oleh anaknya, Dr Taufiq Ramadhan al-Buti.

Menurut Thomas Pierret - pensyarah Kontemporari Islam di Universiti Edinburgh - "kematian Al-Bouti bermakna kehilangan "sekutu terakhir yang boleh dipercayai dalam kalangan golongan elit agama Sunni bagi kerajaan Syria. Al-Bouti adalah "seorang sarjana Islam bertaraf dunia," 

Credit to this book.

Al-Fatihah untuk Fadhilatul Syeikh Ramadhan al-Buti bagi yang belum mengenali beliau.

Layari: themuslim500.com

Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

NJihe.am

2 ulasan:

  1. hebat betul orangnya...

    BalasPadam
  2. al fatihah. keganasan sekarang memang menjadi jadi lah. diorang masih anggap islam ni pengganas. tu lah masalah dia.

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram