Konvensyen Nikah Itu Cinta Part 1

11:29 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pada minggu lepas, Jiha telah menghadiri seminar/konvensyen di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM). Sekali pandang, bunyinya macam konVOkesyen > rupanya KONVENSYEN. Pergh, kalau konvokensyen dah terlebih advanced! a.k.a.qabiltu ijazah > talaqi mood hehe. :)

Semangat weyh duduk tengah. Depan kena mendongak. Hee... 
Intipati program yang mantop!
 
I'm excited tapi tapi bukan gatai noh!!
Mula-mula abah tak bagi sebab katanya,"ish, ni untuk orang nak kahwin, tak payahlah kak...duduk rumah lagi bagus, siapa nak ambil nanti?..." -tapi dah siap bayar dah...hehe. Abah terbaik!
Elok-elok sampai, abah cakap jangan beli apa-apa. Makanan boleh, so sad :(

YANG DILARANG!
UM pun macam UIA juga rupanya, tak boleh pakai sembarangan...
Program dimulakan dengan bacaan al-Quran, diikuti slot bersama Ustaz Pahrol Juoi dengan tajuk, 'Mengurat Vs Dingurat'. Gatal benar bunyinya kan? takpe..takpe..
Ustaz dengar jujurnya menjawab bahawa beliau keliru dengan tajuk yang diutarakan oleh pihak penganjur tetapi tajuk hanya sebagai 'eye-catcher' kepada pemuda pemudi. Menurut beliau, hampir setiap 15 minit berlakunya penceraian di Malaysia, tibalah masa untuk bertindak! Teringin nak baca buku karangan beliau yang begitu menyentuh jiwa. Tunggu duit masuk dululah.
Sabda Rasulullah s.a.w., wanita itu dinikahi atas tiga sebab kerana kecantikan, kekayaan, dan agama. Pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.  
Mother Teressa- winner of noble award apabila ditemu ramah tentang bagaimanakah untuk mewujudkan dunia yang lebih aman? Beilau menjawab: go back to your home and look after your family!
Meskipun beliau orang Kristian, kita boleh mengambil iktibar daripada kata-kata beliau.
Cantik akan pudar apabila usia menjangkau tua,
Jangan cari isteri cantik tapi cari kecantikan dalam diri isteri;
Kekayaan akan musnah apabila berlaku bencana,
Tapi,
Orang yang beragama, tidak semestinya ustaz/ustazah tapi orang yang memilih untuk hidup beragama,
pasangan akan bahagia,
hidup saling bertanggungjawab dalam membina baitul muslim dan saling berkasih sayang.
Baitul muslim - jadi hamba Allah + khalifah di muka bumi.
Jangan terpengaruh dengan fahaman liberal, cantik kaya akan bahagia...
Beauty is the eye of beholder you know...

"Being a right person is MORE IMPORTANT than find a right person."-law of attraction-

Kajian mendapati bahawa 90% pasangan couple tidak akan berkahwin dengan couple nya, 10% pasangan yang berkahwin tidak akan kekal.
La Tahwil La Tardil - Tak kenal maka tak cinta. Cinta Allah lebih segalaNya. Tauhidic Mindset.
Dalam bab mencari jodoh, dibolehkan:
perigi mencari timba / timba mencari perigi; 
lelaki merisik wanita / wanita merisik lelaki.
 
Banyak sangat ilmu yang diperoleh dari ustaz sampai tak tertulis...


feeling-feeling gratis haruslah ada...tak takut ke dengan nenek kebayan di sebalik pepohon yang merendang...
Bersama Ustaz Syed Kadir Al-Joofre dalam slot Persiapan Zahir dan Batin Pengantin.
Masalahnya, 90% peserta di dalam dewan itu belum berhajat untuk berkahwin dalam masa terdekat [kot], tapi macam dah dekat sangat dah...

Dah jumpa ustaz masa Seminar Firasy di UKM Bangi sebelum ni. Ustaz cerita kisah beliau berkahwin masa sambung master. haruslah ada... tanpa bantuan biasiswa atau pinjaman, ustaz dan isteri menjual mee yang diproses sendiri ke kedai-kedai di sekitar Mesir.
Terima kasih juga kepada ustaz atas perkongsian tip pengulangan ayat hujung apabila berhadapan dengan isteri/suami yang kuat berleter. Belum kahwin lagi dah belajar...
Kisah Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani berkahwin dengan isteri yang dianggap buta, pekak, dan bisu. Rupa-rupanya yang dimaksudkan oleh bapa mertuanya:
buta > memelihara mata daripada melihat perkara-perkara maksiat
pekak > memelihara halwa telinga daripada bunyian yang diharamkan
bisu > memelihara percakapan daripada kata-kata kesat
Selepas berkahwin, terus keluar bilik sebab isteri cantik dan sempurna sangat.
Kita? Check diri sendiri...
Masa waktu makan tengah hari, Jiha sempat singgah kedai buku a.k.a. Pekan Ilmu di bawah dewan auditorium. Memang terbaik! kalah kedai buku uia pj. Ops!
Buku/kitab agama...
Sciences, accounting, hospitality, etc.
Selesai sahaja makan tengah hari dan solat Zohor, slot Forum: Kahwin Muda Oh Indahnya! bersama Imam Muda Nazrul, Ustaz Halim Hafidz dan Hilal Asyraf (dari kiri skrin).

Umur kahwin:
kiri (21 tahun), tengah (22 tahun), kanan (23 tahun), 
nampak tak permainannya? - Hilal Asyraf-
IM Nazrul: 
Berkahwin atas sokongan pensyarah di kolej beliau. Ada pensyarah menasihati beliau, kalau nak belajar lebih cemerlang, berkahwinlah! Uish!! Mendapat tentangan daripada ahli keluarga, katanya: "kau nak bagi anak makan apa? pasir? bla...bla..." Disambut baik oleh para pensyarah dan pelajar kampus. Ada seorang pakcik siap bagi kunci rumah lagi... [terbaik!] Menyara hidup berkeluarga dengan mengajar di sekolah agama dan pernah menjadi guru besar. Isteri beliau yang elok-elok duduk depan, terus keluar dewan. Malu agaknya...
 
Ustaz Halim Mustapha:
Banyak mengemukakan soalan sebab ustaz jadi moderator dalam slot ini, tapi mempromosikan diri juga akhirnya. Bertemu jodoh di Kaherah, Mesir. Dapat ibu mertua yang sporting! Lautan api sanggup ku renangi! nak kahwin awal perlu tunjuk kesungguhan. So sweet!

Hilal Asyraf:
Ustaz Hilal Asyraf sudah pun menceritakan cabaran beliau berkahwin awal dengan seorang gadis yang belum habis belajar, dalam buku beliau, 'Sebelum Aku Bernikah' terbitan PTS. Belajar menjadi bakal suami yang baik dengan mambantu umi membeli barangan di pasar atau pusat membeli belah [tempat orang perempuan]. Menganggap kata-kata keluarga sebagai nasihat yang harus difikirkan, jangan beta! Kalau anda mengambil keputusan untuk kahwin awal, jangan anggap prosedur oleh pihak atasan melecehkan! sebab anda yang mahu...

Umat Islam seharusnya bersikap realistik, jangan hidup di dunia khayalan. 
Nak calon perfect sangat, lupa bahawa kita berkahwin dengan manusia, bukan dengan malaikat!

Solat istikharah moga-moga dapat mimpi. Amal tak banyak, mimpi pun dibuai hawa nafsu.
Kena patuk ular, cium katak, terbang dll. Yes! dia jodoh aku! ??
Istikharah dan istisyarah (berbincang dengan yang arif) perlu seiring. Terbaik!

Slot Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta bersama Tuan Shamsudin Kadir selepas solat Asar. Suka penampilan beliau di atas pentas sebab kandungan yang disampaikan lain dari lain. Jiha masuk dewan lambat sedikit waktu ni. Jom kita dalami kupasan dari ahli korporat sendiri...


Dalam slot ini, beliau banyak membincangkan masalah kewangan pasangan pengantin baru yang berpunca daripada wang hantaran yang terlalu mahal sampai membebani pasangan sepanjang hidup berkeluarga. Apabila manusia hidup bertuhankan adat [lagi-lagi orang Melayu], syariat Islam yang mudah lagi luas dipersempit, perkara mudah jadi sukar.
Lucu mendengar frasa 'membiayai perasaan seronok' bagi orang yang mengimpikan majlis raja sehari seperti berada di dunia khayalan. Kemudian terpaksa membuat pinjaman bank atau Ah Long! Wang yang sepatutnya digunakan untuk menyara hidup, dihabiskan dalam sehari sahaja. Masalah kewangan antara punca perceraian yang serius sampai ada yang berpendapat bahawa perkahwinan pertama seperti perkahwinan cuba-cuba.

Kesilapan ibu bapa atau sesama pasangan yang mengimpikan perkahwinan hebat seperti nak khemah mewah, makan beradab, make up tebal, dll agar dipandang tinggi oleh para tetamu. Cari reda Allah atau penghargaan manusia? -Prof Muhaya-
Beliau turut menyentuh perkahwinan selebriti, Diana Amir yang baru sahaja berkahwin mengikut cara Islam. Ambil sejadah sebagai hantaran bagus, tapi bila dah buat bentuk angsa? Upah deejay, pasang lagu-lagu sampai bingit telinga, meriah ke? Pelihara hubungan sebelum bernikah. Banyak perkara yang perlu muhasabah diri dalam masyarakat kita.
Saya bukan 'ustaRT', baru nak 'start'!
Banyak lagi yang beliau kongsikan sebenarnya, lawati shamsuddinkadir.com
Tatkala picisan atmosfera berubah menjadi gelap, Slot Wacana Fiqh Usrah diteruskan bersama Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Mahmud dan Imam Muda Jabbar (dari kanan skrin). 

Nampak hemsem je ustaz-ustaz di atas pentas, tapi akak yang duduk di sebelah cakap macam terseksa je dengan lampu yang malap. 
Akibat ramai yang meletakkan mahar terlalu tinggi, ramai orang Arab memilih nikah mut'ah dan seterusnya menjadi pendokong syiah kerana bagi mereka lebih mudah. 
Selangor n Johor RM300, Kedah RM1000
Wang hangus yang ditetapkan oleh keluarga perempuan (cth): 
Diploma: RM7000
MBA: RM10,000
PhD: RM15,000
Akhirnya, tak kahwin-kahwin...sudah menjadi masalah antarabangsa.
Ustaz Mahmud:
Bertemu jodoh setelah program Raudatus Sakinah. Mula-mula bergurau dengan ustazah suruh carikan jodoh, rupa-rupanya ustazah ambil serius. Kenal sebulan, tunang sebulan terus kahwin.
Ustazah Norhafizah Musa:
Siapa tak kenal ustazah? kedengaran suara ustazah di radio ikim dalam slot Usrati. Sudah diminati sejak Tingkatan 1 pada zaman surat-menyurat. Selalu tunggu surat cinta bawah meja. Ustazah menceritakan perihal beliau yang nakal masa zaman sekolah yang boleh dijadikan iktibar. Kalau dalam buku 555 tu, tak sah kalau tiada nama ustazah! Geng happy-go-lucky. Namun, hidayah hadir apabila seseorang bersedia, segala sifat jahiliyah dibuang jauh-jauh. Mengharap keredaan Ilahi semata-mata. Akhirnya, ustazah dipertemukan jodoh dengan seseorang yang merelakan tugas-tugas dakwah.
Fiqh Hala Tuju:
Surah Al-Ahzab 28: 
 
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku akan menyediakan untuk kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
Jelas hala tuju, hidup lebih terurus.
Fiqh Tabiat Suami/Isteri:
Hal ni lebih sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin sebenarnya tapi dengar juga. Lebih afdal untuk 18++
- Menjadi artis dalam rumah tangga: penyanyi, penari, pelakon, peragawati.
Kalau buat di luar rumah tak malu, kenapa dalam rumah perlu malu? 
Luar rumah bukan main wangi, dalam rumah busuk hangit!
Sedang Saidatina Khadijah ada tukang andam sendiri yang datang ke rumahnya. 
- Perawat (nurse) dengan kesabaran.
- Pendakwah pada suami.
Ustazah juga bercerita perihal suami orang Arab Yemen, membelikan baju dalam untuk isterinya. Suami mereka akan membeli mengikut cita rasa, dalam sebuah tempat yang hanya menjual baju dalam! Sempat teleng-teleng orang lain, semua buat muka suci je...
Fiqh Keharmonian Rumah Tangga: 
- wujudkan suasana romantis dan harmoni. Jangan jadikan kelebihan atau kekurangan sebagai punca perbalahan.
Ustazah turut berkongsi kaedah persenyawaan moden yang halal bagi pasangan yang mengalami masalah mendapatkan zuriat.
> Permanian dalam rahim
> Pindahan gamet dalam falapio
> Induksi Ovulasi
> Mudah saja dengan berdoa dan berusaha. Ustazah ada kongsi satu doa tapi tak sempat nak salin. Lagi pun belum sampai masa lagi...Ayatnya lebih kurang, 'Ya Allah, jangan tinggalkan aku bersendirian...berikan aku zuriat...'
> Fahami semua ujian adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
-Sekian, tamat untuk hari pertama-
Dapat diskaun RM20 RM10 sahaja! cayalah...Alamak dah terbeli hehe...
Perasan macam kak Amethyst ada ataupun pelanduk dua serupa...
Malam pertama Hari program pertama menginap di bilik kawan sepupu. Nasib baik sepupu Jiha belajar di UM.

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

♥Fb Page♥



Instagram