Konvensyen Nikah Itu Cinta Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Terima kasih kepada kawan Jiha yang sudah banyak membantu. Bangun pagi, umi abah dah telefon suruh sarapan di bawah. Perasan jadi budak UM sekejap. huhu~ 


Slot pagi dimulakan oleh Ustaz Syed NorHisyam Al-Idrus: Aku Terima Nikahnya


Kisah ibu kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz:
 Pada suatu malam, seorang anak gadis ini menasihati ibunya agar tidak mencampur air dalam susu untuk menambah bilangan botol susu yang boleh dijual oleh sebab takut akan murka Allah. Khalifah terdengar perbualan mereka lalu berhajat untuk memperisterikan anak gadis ini. Oleh itu, Khalifah Umar bin Abdul Aziz lahir daripada ibu bapa yang taat beragama. 
Ustaz berkata lagi, ada seorang syeikh XXX berkata:"Kita bukan kekurangan insan seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tapi kita kekurangan IBU-IBU seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz." Tamparan hebat buat kaum wanita sekalian.  


Ustaz juga ada 'share' tentang pengalaman hidup dua orang sahabat beliau bertemu jodoh.
Petroleum Engineer - menuntut di Amerika, seorang yang kurang mendalami agama.
Memperoleh hidayah di sana dan pulang ke Malaysia berperwatakan sheikh, dengan jubah putih+janggut lebat. kalah ustaz! 
Kawan suruh ustaz carikan calon, bertaaruf dengan seorang pelajar pondok. Semasa menemani kawan beliau, ustaz pelik sebab mereka bersembang dalam bahasa Inggeris. Rupa-rupanya, gadis itu jurusan perakaunan, ayah trainer pilot! Tapi, gadis itu memilih untuk belajar di pondok. Keajaiban berlaku tanpa diduga.
Assistant Manager - Belajar di US - Amerika. 
Kawan beliau ini datang mengadu, tidak terasa apa-apa pada isteri walhal sudah dikurniakan tiga orang anak. Di ofis, ramai kawan perempuan. Rupa-rupanya, kawan beliau telah bercinta dengan isterinya selama 10 tahun sejak di universiti. Sudah 6 kali putus, 7 kali damai, tapi pergi kahwin juga! 
Jadi perkahwinan itu ibarat 'the ending of their love'. Inilah kesannya bercinta sebelum nikah...

Cantik itu subjektif. Tatkala ustaz menuntut di Yaman, best student dari Somalia (berkulit hitam legam). 
Orang Yaman pun dengan rela hati ingin mengahwini anak gadis mereka, tetapi ditolak atas alasan ingin berkahwin dengan orang Somalia juga... Gadis Somalia tetap cantik!

Ustaz juga menyarankan para hadirin untuk menonton video pendek Heliza dan Helmi bertajuk 'couple' dan membaca buku bertajuk 'Why Men Can't Listen, Women Cannot Read Maps' bagi memahami perbezaan komunikasi antara lelaki dan perempuan.

-Selebihnya kena pergi sendiri, sorry~- 

Seterusnya, slot Menantu Terbaik Adunan Sunnah oleh Ustaz Zamri Zainuddin.


Ustaz telah pun menubuhkan syarikat motivasi sendiri yang dikenali sebagai Mantop Training.

Apabila dua insan diijabkabulkan, hubungan baharu wujud antara kedua-dua buah keluarga. 
Lelaki: ibu/ibu mertua, ayah/ayah mertua, isteri, anak-anak, ipar duai/biras.
Perempuan : -sama-

Merujuk sirah Rasulullah sallallahulaihi wasallam pula:
Bapa mertua Rasulullah s.a.w.:
 Abu Bakar al-Siddiq r.a. (Aisyah) - ahli korporat 
Umar Al-Khattab r.a. (Hafsah) - ahli korporat
Menantu Rasulullah s.a.w.:
Uthman Affan r.a. (Umi Kalsom, Ruqayah)
Ali b Abi Talib r.a. (Fatimah)
Abu A'ish b Rabi' (Zainab)

Kajian sepanjang zaman menunjukkan bahawa manusia yang mempunyai harga diri tinggi, kualiti dalam luar biasa. Rasulullah memberi layanan sama rata kepada semua kerabatnya, tidak bezakan menantu, bukan masalah besar seperti dalam drama Melayu.


Selepas solat Zohor dan makan tengah hari, Forum Imam Baca Sedap, Makmum Khusyuk bersama Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi dan Ustazah Noor Laila Aniza.



Dalam slot ini, ahli-ahli panel telah menerangkan bahawa tidak semestinya perlu suara sedap untuk khusyuk dalam solat. Keikhlasan untuk menunaikan kewajipan sebagai Muslim adalah diutamakan.

Dalam hati ini, terdetik pula nak tanya kak Ija, 'Bila akak nak kahwin?'.

Ustazah Noor Laila ibarat bidan terjun kerana menggantikan Dr Herlina Siraj yang tidak dapat hadir pada hari itu. Beliau memohon maaf kepada para hadirin terlebih dahulu sebelum memulakan ulasan.

Ustazah Noor Laila pernah bekerja di syarikat Dr Fadhilah Kamsah. Beliau sempat berkongsi dengan kami tentang hal peribadi yang dapat dijadikan pengajaran. Apabila Dr Fadhilah Kamsah meningkat popularitinya, ramai anak gadis, andartu dan duda ingin bersuamikan beliau.

Beliau dengan mudah menjawab, 'Di sisi saya berdiri seorang insan di saat jatuh bangunnya saya. Setelah saya senang, dengan mudah kamu menumpang sebagai isteri kedua?' Isteri beliau memiliki wajah biasa-biasa saja tapi mereka boleh hidup bahagia sebab menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Imam Muda Asyraf pula tidak kurang popularitinya. Jiha pernah terlihat muka IM Asyraf dalam pamplet bahasa Cina tatkala ustaz bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan. Pernah suatu ketika, ustaz pergi ke Indonesia dalam satu rancangan realiti tv.

Dengan berpakaian jubah putih, berserban dan berperwatakan 'imam muda', seorang tok imam dari Indonesia berhajat untuk mengahwinkan anak gadisnya dengan beliau. IM pun tolak cara baik dengan alasan sudah beristeri.

Setelah kembali ke Malaysia, tok imam masih terus menghubungi beliau sambil meminta persetujuan. Keadaan jadi tegang apabila isteri beliau salah faham, khuatir akan dimadukan. Tiada wanita dalam dunia ini yang suka dimadukan. Ustazah Noor Laila pula sempat berpesan agar berterus-terang lebih awal dan berkata, 'tapi saya tetap sayang awak, tak sanggup nak bermadu'. Huhu~ ini sudah tahap rumah tangga.

Bukan nak dedahkan masalah rumah tangga kepada para hadirin, tapi untuk memberi gambaran kepada anak muda yang masih mentah akan hidup berkeluarga. IM juga antara tokoh yang berkahwin awal sebelum menyertai rancangan realiti 'Imam Muda' lagi!

Heliza Helmi? Kak ija tak banyak cerita sebab dia jadi moderator dan belum kahwin pun. Huhu~ cuma kak ija ada buat lawak pasal kenapa perut lelaki membuncit tak surut-surut setelah mendapat zuriat, sedangkan perempuan kempis dah perut? Siap boleh buat bantal tidur lagi...
Malam Nur Kasih bersama Inteam dan Priakustik:




Antara gerai yang dibuka:




Tu je. Barakallah lakuma wa baraka alaik. Syukran. :-)

NJihe.am

3 ulasan:

  1. ganjaran besar for those yang pergi majlis ilmu ni. Thanks Jiha atas penyebaran ilmu yang sangat berguna ni. keep it up :D

    BalasPadam
  2. banyak pengisian dari majlis ilmu ni dan terima kasih dengan perkongsian yang baik ni.

    BalasPadam
  3. Hanya dengan jalan pernikahan sahaja nilai cinta itu diberkati. Namun, masyarakat kita masih sukar memahami realiti nikah muda ini. Ramai lagi parents yang tidak ambil peduli anak-anak mereka yang berpacaran, tetapi akan melenting jika anak mereka ingin bernikah usia muda.

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram