20 Aktiviti yang Boleh Dilakukan Selepas SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ramai pelajar lepasan SPM yang tertanya-tanya akan rancangan mereka selepas SPM. Lepas dah conteng baju, sanggup beli tepung cap kapak RM2.70 dan telur satu papan cap murah kan? Apa yang depa dah plan? Jiha dah terlepas adat ni, jadi baju sekolah tu masih bersih, suci dan murni dalam almari lama dan bakal disedekahkan kot...

1) Minta maaf dengan semua orang. Mungkin hari terakhir menduduki peperiksaan merupakan hari terakhir bertemu dengan guru-guru dan rakan-rakan. Kalau yang rapat dengan makcik kantin ke makcik kiosk ke, sesiapalah dalam sekolah tu kan? Kalau ada pihak yang tak mahu maafkan tu..lain ceritalah yup. Kalau ada hutang tu, lunaskan segera. Nanti menyesal tak sudah...

2) Haruslah ambil cuti seminggu dua. First thing first is to RELEASE TENSION! Luangkan masa dengan keluarga. Berbaktilah kepada ibu bapa yang telah banyak bersabar dengan karenah kita. Mungkin bagi yang bersekolah asrama tu, setiap kali balik rumah jarang bertegur sapa kan? Duduk depan laptop, tidur, makan, hari Ahad terus balik asrama. Lepas ni, rajin-rajinlah bertegur sapa, minta restu daripada ibu bapa agar dipermudahkan dapat keputusan yang gempak! Kemudian, barulah boleh fikirkan agenda seterusnya...

3) Mencari Kerja. Pengalaman bekerja bagus untuk mendedahkan kita kepada realiti masyarakat. Cubalah cari di akhbar-akhbar tempatan, majalah dan media pengiklanan online seperti majalah.com. :) Sebaiknya,,   - cari pekerjaan yang hampir dengan rumah/rumah penjaga
- tidak terlalu sibuk (cuti hujung minggu)
- kebajikan terjaga: cukup waktu makan minum dan solat.
- Skil sudah ada, bekerja di tempat yang tidak kena dengan kita pun boleh buat tension pada 1-2 minggu. Kerja di tempat awam banyak cabarannya, terpulang juga pada individu itu. Kalau ok, teruskan saja. Tiada perkara di dalam dunia ini yang tiada cabaran!

4) Pergi PLKN. Sesiapa yang bertuah, boleh mengikuti kem yang telah diatur oleh pihak Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Jiha tak terpilih pun, tapi menurut pengalaman dari kawan-kawan macam best je. Asalkan tahu jaga diri dan batas pergaulan.

5) Mendalami ilmu agama. Seorang cendekiawan pernah berkata,'dalamilah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin!'. Maka, jangan lepaskan peluang 'lapang sebelum sempit' ini. Lambakan ceramah agama, serta pengajian pondok di serata donia. Sesiapa yang kaya-raya tu bolehlah pergi Canada, jumpa Syeikh Faisal. Tak pun, ke Indonesia bersama Syeikh Nuruddin. Tak cukup duit? Buka YouTube pon boleh? Pada alaf 21 semua tarak masalah...

6) Ambil kemahiran di GiatMARA atau mana-mana institusi kemahiran awam atau swasta. Kemasukan ke GiatMARA dibuat dua kali sahaja setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai. Tempoh latihan: 6-12 bulan. Penginapan mengikut tempat latihan. GiatMARA ni best sebab dapat sijil dan elaun. huhu~ [Jiha dah terlepas peluang ni]. Kursus yang ditawarkan seperti senibina, mekanikal, pengangkutan , pembuatan, elektrikal, komputer dan IT, elektronik/menikal, fabrik, percetakan, kulinari, hairdressing dan cosmetology, dan hospitaliti, Daftar sini!


7) Belajar memasak. Kaum Hawa haruslah mendalami ilmu masakan pada zaman ini. Orang cakap,'perempuan ni belajar tinggi mana pun, duduk dapur juga!'. Kaum Adam pun boleh je, chef terkemuka bukan dari kaum kalian juga?

8) Balik kampung, tinggal dengan nenek. Nikmati kehidupan di luar bandar dengan udara yang jernih, nyaman jauh dari kesibukan kota. Sesiapa cucu opah mesti seronok beronok-ronok... Bagi sesiapa yang tiada kampung tu, jangan sedih noh! Tumpang sekaki pada kawan-kawan yang ada kampung. Minta izin ibu bapa dulu...

9) Jadi Blogger/Vlogger. Ini kerja aku lepas SPM. Ingat buat saja-saja je, sekarang dah jadi sebahagian hidup aku. :) Hidup dalam komuniti blog ni dapat meluaskan pandangan kita tentang realiti dunia yang penuh pancaroba selain meningkatkan self-esteem. Galakkan diri untuk campur dengan ramai orang. Keluarkan idea selagi ia sedang berlegar-legar di minda. Makin rajin keluar idea, makin banyak idea bernas datang. Kalau dah ada bakat menulis tu, bolehlah cuba hantar karya ke pusat-pusat penerbitan. Jangan biarkan karya anda yang bernas itu bersawang di blog atau dicuri orang!

10) Ambil lesen kereta atau motosikal atau kedua-duanya sekali. Lebih mudah pergi ke mana-mana setelah ada lesen. Kebanyakan majikan juga lebih memilih pekerja yang ada lesen memandu.

11) Suri rumah sepenuh masa [bergaji kalau boleh!]. Ada sesetengah ibu bapa tidak memberi izin kepada anak-anak mereka bebas bekerja. Apa salahnya menjadi suri rumah sepenuh masa, kalau berani mintalah upah! muahaha... Jiha suka skodeng housekeeping skills dari Martha Steward, hos New York Terbaik! Kalau ada barangan lama tu bolehlah diguna semula dan dijual! Manyak untung ma! Minta je nasihat dari Cik Google.

12) Buat bisnes online (dropship/consignment). Dropship tu program perniagaan bagi sesiapa yang ingin berniaga tanpa modal khususnya pelajar. Asalkan ada akaun sendiri dan mendapat persetujuan ibu bapa. Caranya dengan memilih barangan yang anda berminat seperti pakaian muslimah, keychain, aksesori, di laman bisnes yang anda percayai dan ada buat dropship. Consignment tu pula apabila pembekal meletakkan barangan mereka kepada kita dalam tempoh tententu dengan komisyen tertentu. Biasanya peniaga pasar malam banyak buat consignment, barang-barang tu bukan milik mereka pun tapi tolong jualkan je. Nak borong pun boleh atau buat produk sendiri!

13) Belajar bahasa antarabangsa di LiveMocha. Percaya tak sebelum Jiha buka akaun Facebook, Jiha ada dan tergila-gilakan LiveMocha? hmm...macam tulah. LiveMocha ni laman sosial yang khusus untuk mendalami pelbagai bahasa. Nak belajar apa? English? Arab? Mandarin? Tamil? Jepun? Korea? Urdu? Semua ada. Er..tengok jugalah. [over nya budak ni] Kalau nak belajar Arab online, insyaAllah berbaloi di arabacademy.com, tenaga pengajar dari Mesir dan berbayar. LiveMocha tidak berbayar dan aplikasi seperti Facebook. Cubalah layari livemocha.com.

14) Tengok drama/filem. Siapa peminat drama tegar di sini? Hmm...salah ke kak? Tak salah pun, tapi berpada-padalah. Jangan tengok sampai tak ingat dunia! Solat entah ke mana? makan minum haruslah depan tv atau komputer...Kajian mendapati bahawa orang yang selalu duduk lebih mudah diserang tekanan darah tinggi. Jadi, berhati-hatilah waktu sihat walafiat ini. Cari drama yang kurang jiwang, cintan-cintun ni. Sekarang kan dah banyak drama motivasi, aksi, medikal, sains fiksyen. Dan yang penting, cuba cari makna tersurat dan tersirat daripada jalan cerita itu.

15) Banyakkan membaca. Saya baca juga kak, baca novel...hihi. Salah ke? Tak salah pun, tapi perbanyakkan lagi bahan bacaan dan seimbangkan!

Kalau baca banyak sangat surat akhbar, nanti takut keluar rumah sebab fikir orang main tembak-tembak,
Kalau baca banyak sangat novel, nanti kuat berangan sebab fikir 'who's my prince/princess?'
Kalau baca banyak sangat sejarah, nanti takut melihat masa depan.
Kalau baca banyak sangat akademik, nanti kurang tahu soal isu semasa.
Kalau baca banyak sangat agama, nanti kurang melihat isu duniawi.

Manusia ada tugas sebagai hamba dan khalifah, lagi-lagi sebagai umat Islam kita sudah ada panduan khusus dalam hidup. Orang Jepun baca minimum 40 buah buku setahun, masyarakat Malaysia sebuah buku atau setengah muka surat buku setahun. Untuk renungan bersama...

16) Jaga ikan/kucing tak pun pokok di halaman rumah. Buat ekperimen ke atas mereka. Dah tak betul agaknya budak ni...Biarlah, kau ada?

17) Sertai program ilmiah seperti Weekenders, LangitIlahi.

18) Geledak dunia internet habis-habisan. Jika selama ini anda seorang yang berfikiran internet ialah Facebook dan Facebook ialah internet, cubalah Google untuk cari laman sesawang yang lebih berfaedah. Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada internet. Nak belajar apa? Semuanya di hujung jari.

19) Sambung belajar di IPTS. Jika ada rezeki untuk sambung belajar lebih awal [fast track], apa salahnya teruskan. Ada kawan Jiha yang ambil Diploma Tahfiz Darul Quran [DQ] selama setahun sebelum sambung belajar di universiti. Plan well, gain big!

20) Tepuk dada, tanya selera...lu fikirlah sendiri...Sometimes your mind works best!

Sekian :)


Pelajar sastera dan sains tulen dah habis, pelajar teknik belum kan? Sabar itu sebahagian daripada iman. Just go for it! Jiha pun sekolah teknik, rasalah bagaimana kawan seorang demi seorang meninggalkan asrama, meninggalkan golongan minoriti. huhu~ 

Bagi pelajar yang bakal ke asasi atau matrik dalam bulan enam kot! Enam bulan?? Hmm..fikir-fikirkanlah.


Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

NJihe.am

3 ulasan:

  1. selamat menanti keputusan ye! hehe good luck :)

    BalasPadam
  2. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram