Doa+Rawatan untuk Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mata nikmat Allah yang tidak ternilai...

Doa untuk mata ni diambil dari Pusat Darul As-Syifa. InsyaAllah, berkesan jika diamalkan secara konsisten.

1) Baca Al-Fatihah 41X


*Dugaan hebat bagi sesiapa yang tak biasa baca banyak-banyak, sebab takut terlebih 'tawadduk', Zzzzz...

2) Baca surah Al-Qadr  X3


3) Baca Surah Yusuf 12:93  X3

12:93

"Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku (Nabi Yaakob) supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya".

4) Baca Qaf ayat 50:22  X3


"(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari ini), maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalU pandanganmu pada hari ni menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelas perkara-perkara akhirat)".

5) Dibaca secara konsisten setiap kali SELEPAS SOLAT 5X.

6) Ada lagi amalan lepas azan, tapi tak tau kertas letak mana...

7) Buat senaman mata 5x
- tutup mata dan gerakkan otot mata dari kiri ke kanan 10x
- teruskan tutup mata, gerakkan mata dari atas ke bawah 10x
- tutup mata lagi, gerakkan mata ikut arah jam 10x
- gerakkan mata ikut lawan jam 10x
- gosok kedua-dua telapak tangan sampai mengeluarkan haba (jangan terbakar!). Pastikan tangan kering.
- letak telapak tangan pada mata yang tertutup dan buka mata perlahan-lahan.
- sesiapa yang duduk asrama tu, elakkan buat senaman ini ketika dalam surau nanti ditegur AJK Surau sebab 'tertidur'.
- elakkan buat di khalayak ramai nanti orang kata awak tak siuman, muehehe...
- terangkan pada kawan-kawan juga...

8) Makan makanan untuk mata.

Cara Tamadun Islam: delima, kismis, habbatus sauda, kurma, zaafaran.
Cara Tamadun Barat: gojie berry, blueberry, strawberry..apa-apa buah yang ada ...'berry'.
Makan dua-dua pun tak apa.

Susunan spect sejak darjah 5 hingga kini>>>


Tak boleh buka kedai lagi nih...

Embedded image permalink
Alhamdulillah, silau mata kiri dah tiada, silau mata kanan dah turun -0.5. Abah cakap silau turun dulu, baru power turun...InsyaAllah, tak lama dah tu...

Power terkini 400-500. Both side.

 Sempat lagi skodeng blog Ustazah NorAdibah Rozain, juara Daie Millenia
#saja je

Rajin-rajinlah komen di blog STUDIOOUS ni, In sya Allah, Jiha akan 'review' blog balik. 

NJihe.am

2 ulasan:

  1. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian. ;)

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram