Makan Bersama Keluarga Di DePalma

Assalamualaikum semua,

Sudah lama entri ini terperuk dalam minda, tunggu punya tunggu sampai dah Syawal pun. Takpe, nak tulis juga!

Minggu ke-2 puasa, tuan belog dan keluarga telah menempah tiket baucer ke Hotel DePalma, Shah Alam. Pakej bayar dalam RM85 nett, tapi kami dapat baucer percuma, jadi tak perlu bayar banyak macam orang lain. [dalam erti kata lain, tak payah bayar! hehe] Rezeki jangan ditolak...

Kami pergi dua kali ke sana sebab kali pertama, adik-adik balik asrama jadi tak seronoklah kalau makan berempat sahaja. Umi, abah, saya [cuti sem], adik bongsu. Kali kedua baru bet sebab semua ada. Kali ketiga, beri baucer pada yang ingin merasa, si pakcik hehe...
Tema: Melayu Tradisional
Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah dari nasi, dessert, air buah, buah-buahan, kuih tradisional dan beberapa kuih moden.
Menu utama: Nasi beryani, termasuk menu tambahan seperti laksa Kelantan, lauk-pauk, sayur-sayuran.
Dessert: kuih seri muka, kuih taik itik, kuih karel, muffin, puding, jeli, cupcake, kek, bubur, pengat, buahan kawai-kawai.
Air: oren, laici, blackcurrant, soda, lemonade, sirap, teh susu, kopi, dan air suam.

Meleleh air liur tengok! Tapi ingat-ingat juga sebab boleh kata kami makan free kat sana, jadi jangan over sangat macam orang lain ya!




Wah, PEMBAZIRAN! noted that. Kata-kata hikmah dihidangkan sebelum para tetamu mengambil makanan secara layan diri.

Kuiz cepumas dari pengerusi majlis. Kebanyakan soalan tentang sejarah hidup Rasulullah s.a.w. dan dijawab oleh budak-budak sekolah rendah. Comel je tengok seorang bapa ni dukung anaknya ke atas pentas untuk menjawab soalan. Beberapa pelajar dari Sekolah Rendah Al-Amin turut hadir.

Kawasan surau:

Kolam renang menghiasi lanskap luar surau ini. Ada dua bilik ambil wudu dan tandas untuk lelaki dan perempuan. Ada satu surau yang sangat meriah dengan para tetamu bulan Ramadhan.
Bertambah menarik lagi apabila solat kami termasuk solat terawih diimami oleh syeikh Arab! Best lah dengar dia baca. Kali pertama solat di sana rasa cukup seronok sebab masuk-masuk je bau wangi dari haruman aromaterapi diletakkan di belakang tempat solat. Ruang solat yang sangat bersih dan teratur, selipar banyak dan bersih [ NO dirty flip-flops], tandas dan tempat mengambil wudu yang bersih.

Ya, kebersihan separuh dari iman. 








Peringatan lagi tentang menutup aurat.

Blurrpp! Jangan buat kerja tak senonoh dengan sendawa terang-terangan!

Kami juga dimaklumkan tentang kedatangan hafiz cilik dan syeikh dari Indonesia. Rasa sedih pula sebab tersilap tarikh booking. Mungkin belum berkesempatan bertemu dengan mereka.

NJihe.am

3 ulasan:

  1. wow...best dpt mkn satu meja dgn keluarga....banyak kemudahan yg disediakan..:D

    BalasPadam
  2. kuih taik itik pun ada. wahhh. menarik tuuu :)

    BalasPadam
  3. A'ah, memang ado. Bau wangi dan rasa pun sodap menjilat jari! Cubalah rasa, jgn makan taik itik sudah, kuih taik itik tau!

    BalasPadam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram