Silaturahim Raya

11:01 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pabila raya menjelang, hatiku riang,
bertemu sanak-saudara dan jiran tetangga,
jeng..jeng...

[Dah cukup mukadimah] (^-^)

Tamatlah sebulan berpuasa, tibalah Syawal. Kalau Pak Arab, cukuplah sehari dua, orang Malaysia ni selagi bulan Syawal, selagi itulah masih ada raya.

Masalah UTAMA ialah 'nak raya ke mana tahun ni?' Oleh sebab saya ada dua kampung, to the verry north plus to the verry south! Fuh!

Cer, tengok peta Malaysia ni>>> Hari ni kita belajar geografi sekejap...

Kawasan Semenanjung Malaysia,
NORTH - Utara
SOUTH - Selatan

Malaysia Timur, ada juga makcik di sini, kebetulan dapat posting ke sana, redha jelah.. Tapi belum berkesempatan singgah ke sana lagi. Hmmph!


Cer, tengok label north to south! Ayah selalu mengalah, orait tahun ni kita balik 'to the verry north!'
Tapi, bukan 'tahun' ni je. Dah kira bertahun-tahun juga balik 'to the north!'. Kawan kata orang 'north' a.k.a. utara a.k.a. utagha ni memang nok hok dio jah... pehe dok? Adeh..
Lagi satu mungkin sebab tok nek, datuk nenek semua sudah tiada. Bak kata pepatah, enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bila orang tua sudah meninggal, anak-anak mereka akan berpecah. Tok nek usianya panjang sampai 101 tahun, dia memang jaga kesihatan betul. Selaku cicit dia, saya sangatlah rasa bertuah! Masuk surat khabar lagi tu...

Natijahnya, sampai kami dah terbiasa berkawan dengan sedara di sana. Sedara 'to the south' tu tak rapat sangat, tapi tengah mula nak rapatlah.. Sepupu sepapat dalam fasa nak kahwin belaka baru nak fikir balik kampung. Adalah setahun tu, kami balik dua kampung terus dalam seminggu! Tiga hari berkampung to the south, lepas itu rehat dua hari di rumah kemudian pergi to the north! Kawan asrama dengar, gelak je.. Daripada dibiarkan sampai parah, lebih baik bertindak. Diri sendiri jugalah nasihatkan pada keluarga, cakap ada orang terasa...

Kewangan pun dah mantap sekarang, jadi dah ada cadangan naik flight je. Tak lah rasa penat bagi yang memandu... Dalam dua belah keluarga, kami antara keluarga educated katanya, dan duduk jauh dari keluarga induk. Ibu bapa dapat masuk universiti, sambung belajar dengan biasiswa JPA. Lain-lain tu biasa je, tapi pandai jaga hidup sendiri, bahagia juga..

MAKAN

Balik to the very north, dapat makan banyak. Tiap-tiap hari makan, makan, dan makan... Syurga makanan di sana. Lemang, ketupat pulut, tapai, rendang, nasi kandar, ayam kerutub, dodol, wajik, beras manis, kuih manis..manis...manis... pergh! Balik to the very south, dapat join marhaban, makan lontong, rendang, ketupat, nasi beryani, sate, sambal udang, pergh! Dua-dua meriah, tapi sekarang dah mula bosan sebab ramai dah besar panjang, berkawan dengan budak-budak kecil aje lah kalau balik kampung. :(

Cara anyam ketupat pun berbeza. Ada main gulung-gulung, lepastu letak nasi cenonet, ada buat macam anyam tikar mengkuang tapi masih tak mahir lagi cara anyam. hehe...
Mercun? No no no! ringan-ringan sahaja. Bunga api letup-letup.

LAMAN SOSIAL

Laman sosial menghangatkan bicara, dulu ada Facebook tapi kurang gemar sistem sebab tiada privasi. Nak cakap dengan pakcik makcik, orang lain pun nak menyampuk sekali! Haish! Atau nak post pasal komiti, pakcik makcik pula puji melebih, adeh! Ini tak kena, dan memang tak kena!

Jadi, guna medium baru, WhatsApp!
sangat privasi dan hanya beberapa individu sahaja yang boleh tengok. Facebook pun boleh je seting macam tu tapi kadang-kadang rimas juga dengan notifikasi di tepi 'sidebar'. Warna pun tak menarik, biru malap gitu, warna hijau ala vintage baru menarik! Klik entri ni.


Wo, sanset banyak! Jangan tengok eh...


Kan best kalau tiap-tiap hari boleh hidup bahagia macam ni... HUHU. Bertambah meningkatkan kuota WhatApp, terus hang! Hope slowly such distance will recover, and we will be united again! Tiba-tiba terdetik cari anak jati Selangor jelah, susah sangat kahwin dengan orang jauh ni. *gelak jahat. Tapi kelebihan pada genetik, anak cerdik orang tua-tua kata. Dari sudut hakikat? Bolehlah... Kelebihan pada diri sendiri juga dapat cakap tiga loghat dalam satu masa, dan boleh berlakon sebagai orang setempat di kampus huhu. 



Terima kasih baca, sudi-sudilah komen :) . 

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

♥Fb Page♥



Instagram