Transript

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu hari suntuk belajar kod blog sampai nak muntah. Nasib baik tak jadi puasa hari ni, huhu.
Transcipt? Apa cerita?
Hari tu Jiha balik UIA untuk ambil sijil. Nasib baik ada ibu tersayang untuk temankan. Tarak kereta lagi. Sedih. :(

Nak dijadikan cerita, ada saman. Yea, S-A-M-A-N. It's my 'Dress Code'.

Jiwa pun mengobek kembali sejarah silam, bagaimanakah sampai boleh terkena saman itu? Owh, ingat balik. Pernah sekali nasib tak baik, terpakai tudung belang, masa tu kena pakai tudung plain aje.  Eyuuu... besar sangat ke masalahnya itu..

Maklumlah nama pun, universiti islam jadi banyak peraturan dikenakan. Tapi satu peraturan ini, kurang relevan buat pelajar kolej. Apa-apa jelah. Kebetulan pula, dapat pensyarah spotcheck yang garang dan tiada tolak ansur. Berderet-deret pelajar dapat surat saman 'dress code'. Sabar jelah...

Perhatian 'Dress Code' muslimah:
- Tudung haruslah 'plain': tiada blink-blink, corak, stail floral/any pattern, tiada sulam dll. A complete plain.
- Kasut haruslah gelap, hitam macam budak sekolah asrama lebih selamat, ada corak sikit tak boleh, kasut lebih kepada cerah juga akan dikenakan saman!
- Baju kurung atau jubah. Corak tak kesah. Can be accepted!

Nampak tak di situ... uhuhu. Luckily dah habis pun, seminggu lagi tuan belog akan mempunyai hidup baru di kampus baru. Yay!

Cuba lebih menggeramkan apabila terpaksa berhadapan dengan madam [pernah buat hal dgn dia] Small matter actually, tapi sebab mereka sangat strict! Jadi perkara tu jadi masalah besar. Yes!
Ada faham? atau tak perlu faham, huhu..

Akhirnya, transcript berjaya diambil dengan selamat. Tiada pertumpahan darah lagak drama. Cuma kena bayar sejumlah wang RM50 sayonara sebab malas nak ambil borang rayuan kurang bayaran, 'Appeal Form'.

Tak sabar nak belajar semula, kembali berkhidmat sebagai khalifah Allah yang hebat dan tentera yang berjaya. huhu. Aminn...


Terima kasih baca, sudi-sudilah komen :) . 

NJihe.am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram