Genius.

8:11 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Apabila bercakap tentang orang genius, budak genius, pasti kita terbayang tokoh dunia seperti Albert Einstein. Perwatakan mereka sangat mengagumkan oleh sebab kemampuan otak mereka yang luar biasa dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun kadang-kala, sikap mereka itu boleh menyinggung perasaan orang lain.  

Kalau tengok dalam kampus pun berlambak pelajar genius, masuk universiti biasalah kan… Pelajar medic, dentistry, pharmasi, tiga serangkai ni selalunya tergolong dalam golongan pelajar genius. Ada juga yang berusaha masuk kursus itu hasil titik peluh, tak tidur malam, siapkan projek dengan cemerlang, maka dapatlah kursus-kursus tu.

Ada juga pelajar yang betul-betul genius. Mereka tak belajar banyak pun, main-main dalam kelas, boleh selamba aje tidur, lepastu perli pelajar-pelajar nerd.

‘ha, kau nak pergi perpustakaan ke? Mesti nak belajar kan, mentelaah ilmu banyak-banyak’

‘Ala, esok ada program baik punya, rugi kau tak ‘join’. Dapat makan percuma!’

‘Aku dah siap pun paperwork, dalam tiga hari aje dah siap. Cepat kan?’

Biar dengar aje boleh berasap telinga. Mereka seperti tidak merasai perasaan, nikmat bertungkus lumus untuk capai impian tu. Faham tak?

Tapi ada aje pelajar kursus lain yang genius. Setiap kursus itu sudah ditakdirkan kira seorang ke lima orang pelajar genius. Contohnya, pelajar Fizik, otak sebiji macam Albert Eistein junior, buku Albert Einstein di perpustakaan semua ditelaah. Bertembung lagi dengan Dr Jasni, genius sama genius mewujudkan gandingan hebat yang tiada tandingan… pelajar Math pula, ada yang mencongak jalan kira aje, nak minta dia ajar, makin tak faham. Sebab pelajar genius ni bila ajar orang, ikut kepala otak dia aje. Hmpph…

Jadi, kurang adil untuk menghukum tahap kecerdikan mengikut kursus mereka. Ada juga pelajar yang dapat straight A’ SPM tapi pergi ke Gombak ambil kursus ekonomi. Rezeki tu adakalanya tidak dapat dijangka. Kemudian, bergantung pula pilihan kita semasa mengisi borang UPU, kenali potensi diri, dan letak diri dalam kursus yang paling sesuai.

Pelajar genius ni juga biasanya dia tak havoc sangat masalah peluang pekerjaan, sebab dia yakin boleh duduk mana-mana aje. Small matter you know! [sakit hati tak dengar?] Dia anggap ambil kursus tu, just for fun! Perubahan dalam kuiz, asignmen, bukan satu masalah bagi dia. Pernahlah rakan sebilik cerita tentang pelajar genius dalam kelas, pensyarah tanya:

‘Awak tahu apa tujuan saya hantar terus jawapan kuiz pada awak, awak jawab!’

‘Hmm.. entah. Saya rasa tak ada makna pun…’

Tulah pelajar genius. Setiap kuiz full mark/markah penuh. Eee. Geramnya! Pensyarah tu pun bengang dengan jawapan pedas dia tu. Kena banyak maafkan mereka tentang satu kelemahan yang mereka tidak sedar ini, iaitu untuk merendah diri pada orang yang lebih rendah tahap IQ dari mereka. Huhu~
Ada juga masyarakat yang menafikan kewujudan makhluk-makhluk genius ini, kata semua orang boleh jadi genius kalau mereka belajar bersungguh-sungguh. Kalau berhadapan dengan pelajar pure genius ni, tak tahulah… Pelajar genius pun ada kecundang dalam pelajaran. Apabila mereka terlalu leka dengan hal sendiri, sombong, Allah tarik nikmat mereka senyap-senyap.  Mereka ada banyak peluang untuk memperbaik diri. Orang lain selalu ada masalah kekangan masa, mereka boleh saja pergi ke majlis ilmu tanpa rasa berkurang waktu untuk belajar misalnya.

Walau apapun, jangan terlalu memandang orang lain, sampai kita lupa nak lihat kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Sekian, wassalam. ;)


Terima kasih baca, sudi-sudilah komen :) . 

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

♥Fb Page♥



Instagram