Kembali Ke Asrama l Bermula Sem Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tutorial khas untuk kepada pelajar universiti atau sekolah berasrama yang bakal atau sudah pun pulang ke kampus.

KATEGORI
Mandian
Studi
Pakaian
Beg
Makanan
Utensil
Survival Lain

Mandian
Syampu, conditioner 
Minyak rambut
* boleh sapu pada kuku juga untuk kesihatan kuku. Rambut dan kuku berkongsi nutrien yang sama, asal keratin.
Sikat rambut (ada dua bhg, gerigi jarang dan gerigi rapat)
Pengering rambut (pilihan)
Sabun mandi (cecair) + sabun mandi spa
Deodoran stik
Parfum (bau sederhana)
*mungkin boleh cuba bau kuat bagi siapa nak solat tahajud, barulah segar dan tak mengantuk
- celak mata
*kalau boleh cari celak nabi (entahlah tak jumpa lagi)
- eyelinear
*cari yang kalis air
Inai kuku
*rawatan kuku rosak
losyen
Pencuci alat sulit (kawalan keputihan)
Scrub badan
Set pencuci muka
*tapi saya jenis pemalas punya orang, pakai sabun a-dha aje. hihi.
selain takut efek berbahaya pada kulit. 
*sabun mandi spa bagus untuk hilangkan daki yang melekit setelah berpeluh-peluh sebab jalan kaki ke kuliah huhu. Keep yourself fresh!

Berus gigi + ubat gigi
Ubat kumur
Bakul kecil untuk letak barang mandian
Tuala mandi
Tuala kecil

Bakul baju kotor
Penyepit baju
Penyepit pakaian dalam
*Mak Jiha amat sensitif bab bersuci ni. Kalau sidai baju tu, seluar dalam haruslah diasingkan, jangan campur ok, anak dara sekalian. Takut ada tumpahan darah tu melekit pada pakaian lain. Darah haid ni amat sensitif dalam syarah hukum oleh para fuqaha. #remindmyselfaswell
Kapas 100% asli
Pencuci baju
Pewangi 
*tapi ada orang bangkitkan isu pewangi baju macam pakai pewangi badan. Menggoda lelaki bla..bla..
Saya tak rasa pun pewangi baju tu wanginya tahap menggoda etc. Kebetulan terjumpa beberapa muslimah sejati yang berfikiran sebegini. Well. just use a very small portion of it, not too much. Penting untuk jaga hubungan dengan roomate kita juga. Cuba buat mereka selesa dengan kita, lagi-lagi kalau duduk hostel yang sempit. You don't wanna live in such smelly...Okay!

Berus sental (cuci tangan) atau simpan duit syiling bebanyak.
Gayung simbah
Soda bikarbonat


Pakaian
Pilih 3 by 3 @ 5 by 5 @ 7 by 7
(bergantung kepada saiz beg pakaian anda dan tenaga angkat berat hehe)
- Baju kurung/jubah
- Baju tidur
- set baju jalan (top + maxi-skirt/seluar)
*haruslah labuh dan longgar
- tudung/shawl
jenis koshibo/bawal/chiffon/dll. Geledah insta macam europhobia! 
- handsock
- stoking 
*paras betis pun ok. Kalau naik moto pakailah seluar terus.
Dulu fikir juga nak pakai stoking sampai paha ni, tapi leceh nak tarik panjang-panjang. Kalau pergi daurah tu seksa bebenar! Lagi-lagi kalau duk chalet kawasan hutan banyak lopak. bla..bla.. 
Tak semestinya pakai stoking sampai paha tu muslimah alim, asal tutup kaki sudah. tiada buat kerja halal-haram-halal-haram. *pakai kain terbelah 
Dapat tak mesejnya di situ?
- Inner tudung
(segi empat dan berdagu)
dan banyak stail sekarang, cer insta!

Pin tudung/brooch
Jarum peniti

- set pakaian dalam
*asingkan seluar 'period' dengan seluar bersih. Jaga kesucian.
Yalah, kita dah usaha bagi bersih, sental bagai tapi berbekas juga. Tapi dek kekangan masa, sibuk dengan kuliah, susah juga nak jaga. Lebih afdal asingkan...
- tuala wanita + pantilinear
(herba/bukan herba)
Penyepit rambut
Pengikat rambut
Sikat rambut (ada dua bhg, gerigi jarang dan gerigi rapat)
Seterika
Starch iron / lilin

Cara orang duk rumah jauh naik bas = 3 by 3
Cara orang ada famili nak hantar = 5 by 5
Cara orang gila fesyen = 7 by 7 atau 10 by 10
(biasa suruh ayah/abang angkat, diri sendiri tak larat nak angkat oii...)

Tak kesahlah, asal cuti aje boleh balik rumah dan tambah lagi koleksi.


Beg
Beg laptop
beg pakaian 
beg pencuci muka
beg (travel pack)
beg galas
 beg tawe 
beg sandang
beg... 
*perempuan memang gila beg. Harap maklum. :)

Studi

ALAT TULIS
Pencil case
Pensel tekan, pensel kayu dah tak guna lagi (bagi kat adik je)
Pemadam
Pembaris panjang/pendek
Alat lakaran (utk pelajar arkitek)
Set marker Sharpie/Stabilo
Pen hitam/biru/merah (gabung/asing)
Sticky note
Adhesive tape / sellotape
stapler
puncher 
meja jepun (pilihan)
Pendrive
Hardrive
Laptop/netbook
Tablet (pilihan)
Extension
USB hardrive
Mouse + pad
Head phone (pilihan)
Kamera (pilihan - utk rakam daurah)
*tgh kumpul duit. sob2x
Smartphone, phone cikai pon boleh...
Charger! penting!
*top up telco utk internet

BUKU
5 buku nota testpad (boleh koyak)
papan nota
kotak simpanan
file folder x5 / pocket file x13
buku rujukan STPM/A-Level etc.
*wajib ada buku rujukan basic walaupun dah degree tahun tiga.
ikut pada course outline juga... 
* ikut pensyarah suruh beli/fotostat buku apa

Moto... moto... kereta (in advance)
Payung!
*sediakan payung sebelum hujan.
kalau tak hujan pun matahari panas terik untuk pejalan kaki. ok! 

Ada rumah sewa, no prob huhu.

Makanan

Magee (Mee Sedap)
Roti buku
Roti bun x6
Biskut (apa-apa aje)
Air coco
Air kordial
Telur mentah x8
Marjerin (planta/daisy)
Mayonis
Gula halus 100g
*tutorial masak dalam asrama -akan datang-
*Makanan boleh beli hujung minggu di asrama, tak perlu bawa terus dari rumah..jauh... ;(

Supplement
Kismis minda
Aura White 
(haha, selalu nampak kakak senior bawa, diri sendiri tak perna cuba lagi)
Madu asli
*makan dan ubat titis mata
Jus Abqori Genius
Coklat Minda
....

Water heater
*biasanya fellow tak bagi bawa cerek, kapasiti elektrik tinggi, takut blackout!
Mangkuk (cereal/magee)
Sudu garfu
Gelas minum
Tisu kasar n tisu kapas lembut
Botol air 1500 ml (kosong/penuh)

*amalkan tabiat kumpul gelang getah a.k.a. rubber band. Sangat berguna suatu saat nanti..

*Ops, budak U memang tak boleh lari dari magee. Ini kenyataan! Cuma boleh kurangkan pemakanan.

Survival lain

Bantal polyester
Selimut
Cadar 2x
*dapat murah sempena Merdeka sale hihi.
Bantal busuk

Alas meja studi
Penutup lampu studi (kalau cahaya terang sangat)
Lampu suluh (kalau blackout)
Kunci locker
Penyangkut baju (hooks)
*single/multi

Beg plastik!

Dah, yay balik asrama! (^-^)


Mydin memang spot terbaik berzaman...

Eleh, selamba aje potong kek. Selamat Hari Lahir, Ahmad Zun Najhi. Semoga cemerlang SPM tahun ini. Amin..

NJihe.am

2 ulasan:

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram