Tip Studi Waktu Hujan

10:12 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1-Bangun. Jauhkan diri dari katil. Lagi-lagi kalau hujan tu waktu pagi..mesti terasa nak sambung tidur balik.

2. Mandi suam. Kalau cuaca luar bertambah dengan kedinginan air, pasti akan bertambah trauma pada badan untuk mandi waktu hujan. Kalau duduk asrama uni, apakan daya. Boleh usaha masak air dengan pemanas air dan campurkan dalam jag dengan air biasa pada nisbah 1:5.

3. Pakai stoking dan sweater. Pastikan tingkap ditutup rapat. Boleh pakai headphone sekali dan pasang lagu. Lupakan pasal hujan lebat di luar dan bersedia untuk fokus pada pelajaran.

4. Belajar macam biasa. Pastikan alat-alat tulis, nota, buku teks, air mineral, dll. Semua sudah tersedia di atas meja.

5. Tutup whatsapp atau apa-apa social media yang boleh mengganggu.

6. Sediakan minyak wangi kalau terasa mengantuk.

7. Baca kata-kata semangat sekali sekala supaya tak mudah tewas huhu.. Jangan berpaling pada katil, lagi-lagi masa tu tiada kelas dan terpaksa belajar dalam bilik aje. Gunakan bilik belajar asrama kalau ada.

8. Buat studi grup, kalau dapat roomate yang jenis studi. Kalau semua pakat nak sambung tidur balik, nak buat macam mana, sabo jelah~

9. Rehat 10 minit. Kembalikan tumpuan yang hilang.

10. Bagi ganjaran pada diri sendiri atas usaha yang berjaya dilaksanakan. Yeah!

Musim tengkujuh di pantai timur, musim midtest akan berlangsung. Fighting! Pray for me! ;-)

You Might Also Like

3 comments

  1. assalam akak, sy bakal daftar sbg pelajar applied plant science di uia nanti. blh x sy nk dptkan contact akak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nurmardhiahhanafi@gmail.com

      Padam

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

♥Fb Page♥



Instagram