Review DIAgnosis 1, DIAgnosis 2 by NJiheam

Assalamualaikum semua,

Dah lama cari masa untuk buat entri blog, dah lama tinggalkan blog ni sejak sibuk dengan hal di universiti huhu~ Kuatkan semangat chaiyyok!

Dari kiri: Catatan MatLuthfi, Diagnosis 1, Diagnosis 2.

PREVIEW DIAGNOSIS I >>>
Penulis: 1- Dr Anwar Fazal, MD
              2- Dr Aizzat, MD
              3- Dr Azah, MBBS
Muka surat: 142
Harga: RM20
Penerbit: WhiteCoat
Isi Kandungan:

Sinopsis: 
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1) Kaya
2) Bergaya
3) 'Glamour'
4) Rasa 'Superior'
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.
Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.
Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. InshaAllah.
"Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."

PREVIEW DIAGNOSIS II >>>
Penulis: 1- Dr Anwar Fazal
              2- Dr Aizzat
              3- Dr Azah
              4- Dr Fatin Liyana
              5- Dr Beni Rusani
              6- Dr Mafeitz
              7- Dr Mahyuddin
Muka surat: 356
Harga: RM30
Penerbit: WhiteCoat
Isi kandungan:


Dr Anwar Fazal:
Ubat, Hospital Hati, Selfie, Tak Serak Lagi, Motivasi Terhebat Sepanjang Zaman, Typoglycemia, Zippo, E-Boo, Menanti Superman.
Dr Mahyuddin:
Bubur Nasi, Tiada Lagi Syurga Buatmu, Bayi Tua
Dr Mafeitz:
Baqa', Code Blue: Ar Rahman Ar Rahim, Genosid Direstui Dunia, A.M.S.
Dr Fatin Liyana:
Life, Melawat, Cucuk, Antara Aurat dan Solat, Ahad, From Ho To Ho
Dr Azah:
Dear Diary, Ho Ho Ho, Bintang, Ummati Ummati, Ummati
Dr Beni Rusaini:
Beep! Beep! Beep! Meet Dr Roy Izman, Melana&The Last Conversation, Bidadari Dunia, A Timeless Story
Dr Aizzat:
Nawaitu, Dia, Anugerah, Norad

Sinopsis:
Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penontotn setiap drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari. Kamu menjadi watak pada transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis, bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati. Kerjaya ini, jika benar untuk Ilahi, pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.
Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling 'kaya' dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu 'rasa itu' rasa yang tak mampu dibeli biar dengan segunung harta materi di dunia. Ya, ini kerjaya kami selamanya.
Moga sekual DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.

//////////////////////////////////////////

Komen oleh Njiheam:




NJihe.am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :) NO SPAM PLEASE!

Instagram